Tuesday, 10 October 2017

Tun Mahathir Yang Hebat Tu Pun Selambe Sahaja DAP Perkuda Kan , Apa Lagi Melayu Lain - TS Annuar


DAP sebenar nya amat bijak dalam percaturan politik.


Namun ada juga pihak yang kata bukan DAP yang bijak , tetapi Melayu yang bodoh.
Pesaing DAP hanya lah UMNO.

Parti lain dalam Pakatan Harapan hanya lah alat keperluan sahaja bagi DAP. Lebih teruk lagi ahli parti lain dalam PH ada lah alat dan hamba abdi DAP.

Umum tahu Parti Amanah di cipta oleh DAP mengunakan individu tewas dari parti PAS untuk menjadi pemimpin PAN.

Mereka mereka ini tiada nilai diri dan juga maruah, kerana ketika menjadi ahli parti PAS pun mereka sudah makan gaji dengan DAP dan cuba gulingkan pemimpin PAS yang tidak ikut kemahuan DAP.

Di waktu ini juga DAP membayar gaji ahli PKR seperti Saifudin Nasution dan beberapa individu lain seperti Wan Ji.

Bukan sahaja parti DAP boleh peralatkan , malah individu hebat seperti Tun Mahathir pun  taraf nya alat sahaja.

Pada DAP , hanya matlamat sahaja yang penting, kaedah dan cara untuk capai matlamat boleh di kompromi.

Yang penting , matlamat. Full stop.

Dalam percaturan DAP , Tun Mahathir sangat terdesak kerana faktor usia tetapi kehendak peribadi nya masih tersangkut.

Atas prinsip "beggar cannot be chooser" maka DAP perguna kan Tun Mahathir.

Mereka tahu betapa terdesak nya Tun Mahathir yang amat memerlukan kuasa Perdana Menteri atau Perdana Menteri yang boleh lepaskan perkara tersekat.

Maka Tun Mahathir yang hebat seantero dunia pun jatuh taraf macai serta alat sahaja kepada DAP.

"Dr Mahathir sepanjang 22 tahun  berkuasa dalam UMNO , Kit Siang belum pernah jejak kaki ke ibu pejabat UMNO.

Tetapi Kit Siang berjaya buat Dr Mahathir cium pejabat DAP" - Tan Sri Annuar Musa

Itu lah hebat nya Lim Kit Siang.

“Ada beberapa orang hebat dalam politik negara. Tetapi, tidak ramai boleh pikat hati, boleh lawan Tun Mahathir termasuklah Tengku Razaleigh Hamzah dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri , ujar Tan Sri Annuar.
Tan Sri Annuar bercakap sedemikian pada program ‘Bicara Minda dan Sesi Dialog : Perjuangan For All’ di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Nampak nya program seperti ini atau pun "road show" yang di laksana kan oleh Tan Sri Annuar ini semakin mendapat sambutan rakyat.

Program anjuran Pergerakan Puteri UMNO itu turut dihadiri Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
TS Annuar berkata parti parti lain dalam pembangkang kini memerlukan talian hayat daripada Dap.
DAP yang menguasai lebih banyak kerusi politik berbanding parti parti lain yang terkial-kial mencari sokongan dan perhatian selain bergaduh sesama sendiri demi jawatan.
Jelas Tan Sri Annuar, politik yang diamalkan DAP khasnya hanya mementingkan diri sendiri dan memerangkap pihak lain termasuk menggunakan wanita Melayu muda sebagai modal meraih perhatian masyarakat.

“Mereka gunakan wanita Melayu muda seperti Dyana Sofia Mohd Daud (bekas calon Parlimen Teluk Intan) hanya untuk publisiti. Bukan mencari mereka yang betul-betul ada kelayakan seperti dibuat UMNO,”

Maka penjelasan yang bagaimana kah yang susah sangat orang Melayu hendak faham?

Apakah orang Melayu PKR boleh lakukan apabila mereka sendiri ada yang makan gaji dengan DAP yang kaya bdengan dana.

Lihat sahaja pesta arak, tiada seorang pun pemimpin melayu dalam PH yang berani tunjuk kuasa menghalang majlis berbelakangkan kehendak DAP.

Pemimpin melayu seperti Tun Mahathir pun perlu berdolak dalik apabila di tanya berkenaan pesta arak. ini untuk menjaga hati DAP.

Apatah lagi perkara perkara yang di selit oleh puak LBGT.

Maka jelas sekali , DAP mudah perkuda kan Tun Mahathir, maka mereka pasti mudah perkuda kan yang lain lain jika PH berjaya ke Putrajaya.

DAP walaupun mungkin berkongsi kuasa , tetapi dapat mengugut pemimpin melayu mengikut kehendak nya.

Apa lah yang akan terjadi pada nasib orang Melayu di bawah DAP, jika perkara di Pulau Pinang pun mereka tidak ambil iktibar.

Semua pemimpin Melayu dalam PH sembunyi diri apabila kampung melayu di lenyap kan satu persatu.

Jika di negeri pun sudah ketakutan dengan DAP , bayangkan lah DAP kuasai kementerian dalam negeri.

Fikir lah melayu.

#YP

No comments:

Post a Comment