Wednesday, 22 November 2017

Cara Penyampaian Serta Kepetahan CEO SPAD Di Forum Mendapat Pujian






Cara persembahan dan penyampaian maklumat dan penerangan  berkenaan kerja kerja yang sedang giat di lansungkan berkenaan projek pengangkutan awam darat oleh CEO SPAD telah mendapat pujian dari seorang perserta forum.

Individu bernama G. Balamurugan AL telah menulis kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkenaan pujian nya terhadap cara penyampaian oleh En Azharuddin Mat Sah pada sesi penyampaian nya di forum itu.
Dengan tajuk pujian nya “Speaking Eloquently” jelas sekali ia merujuk kepada cara bercakap oleh En Azharuddin.

Memang boleh di kira sebagai “rare” jika ada yang sanggup menulis hanya untuk memuji cara maklumat di persembahkan.

Kita di Blog ini juga merasa bangga apabila seorang Pegawai tinggi Melayu yang mewakili agensi kerajaan berjaya menyampaikan maklumat kerja kerja dan “effort” kerajaan dengan cara berkesan dan meyakinkan.

Dari apa yang di tulis nya B Balamurugan, beliau  seolah olah telah jelas faham aspirasi serta usaha kerajaan berkenaan transportasi serta projek MRT sehingga HSR.

En G Balamurugan juga turut memberi tahu ketika En Azharuddin menyampaikan penjelasan kepada perserta forum ,para peserta telah merasa kagum dan terpukau (mesmerise) dan amat suka kepada cara penyampaian nya dan terus memahami cita cita serta usaha kerajaan.

Selain itu GB juga menyatakan pendapat nya bahawa kerja dan niat baik kerajaan sering gagal kerana rakyat kurang mendapat maklumat berkenaan nya.

Dengan cara penjelasan oleh En Azharuddin perserta berasa puas hati kerana pada pendapat GB amat jelas En Azharuddin dari kalangan  mereka yang amat fasih berkenaan kerja kerja nya.

GB juga memberi tahu bahawa kerajaan harus ada lebih ramai individu seperti CEO SPAD kerana individu dalam kategori ini akan berjaya menyampai kan maklumat serta memudahkan usaha kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Mungkin boleh di kata kan bahawa En Azharuddin bukan Pegawai Tinggi dari kategori ‘old school” , dan jelas dari kategori “new breed”.

Tulisan GB sepenuh nya kami tampilkan di bawah selepas profil Yang Berusaha En Azharuddin untuk mengenali siapa individu ini.


Surat En Balamurugan di sini :





No comments:

Post a Comment