Monday, 13 November 2017

Drebar UBER Dan Grab Buat Hal - SPAD Cekup 153 Orang



E- hailing sebagai satu servis baru dalam industri pengangkutan dalam negara sesunguh nya sangat memberi opsyen baru kepada industri pengangkutan awam.

Langganan teksi melalui applikasi ini membawa bersama nya peluang pekerjaan kepada rakyat sambil memberi pilihan baru kepada pelanggan pengangkutan awam selain servis teksi tradisi.

Setelah kajian mendapati ia mode servis yang sangat popular maka ia di luluskan oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat.

Namun seperti hal lain nya , ia juga ada masalah nya tersendiri.

Walaupun ia servis baru , mereka yang ada dalam industri e hailing bukan semua nya orang  baru, ramai juga ada lah orang yang sudah lama membawa teksi tradisi dan juga kerja pemanduan kenderaan lain.

Agak nya jika teksi biasa mendapat banyak aduan yang di hantar kepada SuruhanJaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) oleh pelanggan , maka teksi UBER dan Grab juga tidak lari dari di adukan kepada SPAD atas banyak pelanggaran undang undang.



SPAD dalam satu kenyataan Pengarah Penguatkuasa Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad  telah memberi tahu setakat ini seramai 153 pemandu UBER dan Grab telah di cekup atas pelbagai kesalahan.

Kebanyakan dari aduan di terima  berkenaan pemandu GRAB dan UBER ada lah berkenaan menipu pelanggan mereka.

Antara cara menipu ada lah mengenakan bayaran tinggi melebihi yang sepatut nya dan juga  membawa mengikut laluan jauh untuk mengenakan bayaran mahal kepada pelanggan mereka.

"Kami telah menerima banyak laporan berkenaan pemandu Grab dan Uber telah menipu pelanggan  atas pelbagai cara" Kata Datuk Paduka Che Hasni.

"Kelakuan sebilangan kecil pemandu Uber dan Grab ini telah merosak kan nama pemandu Uber dan Grab yang lain" Kata Che Hasni.

Che Hasni menyeru mereka yang terbabit dalam Uber dan Grab supaya mengambil peluang yang di beri oleh kerajaan ketika meluluskan servis e-Hailing ini untuk memberi keyakinan kepada pelanggan lain dan bukan nya menipu mereka.

Peluang ini sepatut nya di guna kan untuk menambah pendapatan dengan memberi perkhdmatan yang terbaik dan bukan ambil kesempatan terhadap pelanggan, kata Boss penguatkuasa SPAD itu.

Ada kah kerana ramai dari pemandu teksi biasa sudah masuk ke pasaran E - Hailing lalu tabiat lama mereka di bawa kepada servis baru ini?

Apa pun SPAD akan bertindak segera jika ada terdapat aduan dari pelanggan berkenaan salah laku pemandu teksi melalui applikasi smar phone ini.

Bukti nya jumlah tertangkap dan di tahan berkenaan penipuan tambang dan menipu laluan serta kesalahan lain berkaitan E-hailing sudah berjumlah 153 pemandu.

Orang ramai di saran menyimpan nombor aduan SPAD bukan sahaja untuk aduan E-hailing bah kan apa apa aduan berkenaan pemanduan bahaya baik teksi , bas ekpress mahu pun lori di nombor tertera di bawah ini :-





No comments:

Post a Comment