Friday, 3 November 2017

Kalau Fitch Rating Sudah Iktiraf , Yang Lain Itu Siapa Untuk Persoal



Sebaik sahaja Perdana Menteri datuk Seri Najib habis membuat pembentangan Bajet 2018 , maka pihak pembangkang pun kalam kabut mencari ruang atau pun peluang untuk memburuk kan pembentangan Bajet yang di buat oleh Perdana Menteri.
Motif mereka amat jelas , kerana pembentangan Bajet yang baik dan menyeluruh serta "inclusive" ada lah mimpi ngeri yang membatal kan semua persepsi yang Pakatan Harapan pernah lakukan untuk memberi gambaran buruk keduduklan kewangan negara.
Pada hal ini , Tun Mahathir serta kuncu nya amat takut rakyat mengetahui hal ekonomi yang sebenar lalu gambaran buruk yang di beri akan di batal kan dengan persembahan serta pembentangan Bajet yang baik.

Berkenaan hal ini Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Anuar Musa berkata tindakan Fitch Rating, antara tiga agensi penarafan paling berpengaruh di dunia, memberi pengiktirafan positif terhadap belanjawan negara yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu.

Ia jelaas membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, benar-benar mengemukakan satu bajet rakyat yang penuh telus, berhemah dan bertanggungjawab.
Tan Sri Annuar berkata semua pihak sepatutnya menganggap Fitch Rating ini sebagai ‘pihak ketiga’ yang berpijak pada bumi nyata, berdasarkan fakta dan kepakaran mereka dalam hal ekonimi.

Badan professional ini memberi rating bersandar kan perkiraan Professional dan tiada kaitan politik
TSAM berkata Fitch Rating jelas kelihatan mempunyai pendirian tegas iaitu takut kerana salah, berani kerana benar.
“Fitch Rating memuji PM dan bajet kita kerana ia bukan bajet gula-gula. Pakatan Harapan yang berkiblatkan Dap usah pula seolah-olah buta mata dan buta hati dengan kenyataan Fitch Rating itu.
“Puak pembangkang hendaklah menerima hakikat kenyataan Fitch Rating itu seadanya tanpa niat busuk dan fitnah tidak menentu”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, pada Jumaat lalu, sebagai seimbang daripada segi langkah memenuhi keperluan rakyat dan pada masa sama melaksanakan pengukuhan fiskal.
“Menurut agensi penarafan itu, bajet 2018 kita menyediakan keseimbangan antara langkah menggembirakan rakyat tetapi tidak mengorbankan sasaran untuk merendahkan defisit fiskal negara.
“Fitch Rating berpendapat meskipun negara sudah mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan daripada minyak dan gas, komoditi berkenaan kekal penyumbang penting kepada ekonomi negara”, ujarnya.
Maka atas sebab itu jelas TSAM lagi, ekonomi negara kekal sensitif terhadap pergerakan harga komoditi berkenaan.
“Kita akur dengan Fitch Rating bahawa wujudnya risiko dalam unjuran pendapatan yang optimistik oleh kerajaan.
“Kerajaan mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2018 pada kadar 5.0-5.5 peratus, dengan mengandaikan momentum yang mengukuh ketika ini berkekalan”.
Maka jika sebuah badan professional yang amat pakar dalam hal ekonomi dan kewangan sudah membuat perkiraan dan rumusan , siapa lah mereka mereka seperti Rafizi Ramli, Wan Azizah , Mat Sabu atau Tony Pua hendak memberi kritikan.
Malah lebih buruk lagi mereka yang menjadi pengkritik yang tidak  bertauliah di alam maya membuat rumusan sendiri dengan perbandingan yang tidak manasabah serta tidak ambil perkiraan "whole picture" atau pun "big picture" dan Bajet 2018 dari Perdana Menteri atas dasar keseluruhan nya selain mengkritik dengan ambil sekerat sana sekarat sini untuk di jadi kan bahan.

No comments:

Post a Comment