Tuesday, 21 November 2017

Malaysia Bukan Negara Gagal Atau Negara Muflis - Liow Tiong Lai



Pembangkang Malaysia amat suka bermain dengan persepsi terhadap kedudukan ekonomi serta kewangan negara.

Atas sebab track record kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara amat baik, maka pembangkang terpaksa memilih cara menabur persepsi buruk dengan mengambil kesempatan dari rakyat yang jahil membaca atau menafsirkan kedudukan ekonomi.

Pendirian pembangkang menjadi begini kerana pelbagai cara telah di lakukan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional namun setiap kali pilihanraya , pembangkang tetap tewas kepada Barisan Nasional.

Maka jalan yang terbaik di lakukan ada lah dengan cara menakut nakut kan rakyat terhadap situasi ekonomi negara.

Keadaan bertambah buruk lagi dengan masuk campur Tun Mahathir yang begitu desperado untuk menaik kan anak nya Mukhriz melalui Pakatan Harapan setelah gagal berbuat sedemikian melalui UMNO.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan pada Mesyuarat Agung MCA yang ke 64 lalu ada menyatakan Malaysia bukan "failed state" atau negara gagal , bahkan tidak juga muflis seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Kita mencari kebenaran melalui fakta" Kata Datuk Liow.

Tahu kah rakyat untuk mengetahui sama ada negara dalam keadaan ekonomi yang teruk memerlukan pembacaan yang pelbagai dari indeks ekonomi dan pelbagai laporan statistik.

Ia bukan hanya mendengar retorik atau andaian semata mata.

"Pihak pembangkang cuba menafikan bahawa ekonomi negara berada di landasan yang betul malah menipu fakta" ujar Liow.

"DAP telah menjadi kan MCA musuh nya dan memilih kaedah memfitnah untuk mendapat kemenangan pada dua pilihanraya yang lalu " kata Datuk Liow.

Atas sebab ini, MCA kata Liow , mesti perkuatkan jentera publisiti nya untuk mendedah kan sikap sebenar DAP kepada masyarakat.

DAP telah mempergunakan masyarakat Cina sekian lama dan telah banyak berhutang pada kaum Cina kata Liow.

PRU14 kali ini pasti nya menjadi gelanggang penentu kerana MCA telah membawa bersama nya rekod kerja yang cemerlang.

Kedudukan kampung baru Cina kini bertambah baik apabila MCA berjaya mendapat peruntukan dari Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Malah dari segi pembelajaran sekolah Cina , kerajaan telah menambah kan bantuan malah telah meluluskan 10 sekolah baru dengan siap peruntukan untuk tujuan itu.

Dalam hal ini , Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee ada menyatakan DAP cuba "hijack" hasil kerja MCA berkenaan sekolah Cina untuk mengabui kaum Cina dan cuba menafikan jasa serta kerja baik MCA.

Pada sidang AGM ke 64 MCA, pihak sayap Pemuda MCA telah di amanahkan untuk menjadi pihak hadapan dalam bahagian Media sosial untuk memantau kerja fitnah DAP dan memberitahu kaum Cina apa sebenar yang berlaku.

Jelas sekali MCA tidak mahu situasi  berulang seperti dua pilihanraya yang lalu di mana kaum Cina telah di hidang dengan kisah palsu oleh DAP serta fitnah mereka mereka terhadap MCA.

Syabas MCA atas tekad baru dan keyakinan baru dan juga atas kerjasama dengan UMNO yang semakin erat dan kukuh demi kemenangan Barisan Nasional.



No comments:

Post a Comment