Monday, 6 November 2017

MCA Jadikan Alam Siber Medan Tempur Dan Tempat Pikat Rakyat Di PRU14



Nampak nya MCA telah kenal pasti tempat dan sasaran tumpuan menyampaikan agenda parti MCA serta melawan musuh tradisi nya DAP ada lah di alam siber.

MCA juga sudah kenal pasti bahawa medan pertempuran sengit untuk  pilihanraya ke 14 kali ini untuk menyampaikan penerangan serta tangkisan fitnah pembangkang terutama nya DAP ada lah di alam maya dan mahukan ahli ahli MCA pertingkatkan penyampaian maklumat benar dan fakta dengan memasuki di laman di mana rakyat banyak melepak dan menghabiskan masa ia itu media sosial.

Sehari sebelum rumusan berkenaan ini di buat oleh MCA , UMNO juga telah bertekad  berlawan dengan pembangkang dan menangkis fitnah dan cerita persepsi di alam siber.

Hal ini di sampaikan oleh Presiden UMNO sendiri Datuk Seri Najib pada satu majlis pertemuan dengan para pejuang media sosial UMNO di PWTC,

DAP di dapati begitu aktif didalam alam siber dengan troopers nya menyebarkan fitnah dan kisah sensasi buruk berkenan kerajaan dikalangan masyarakat Cina di media sosial.

"MCA mesti melawan taktik politiking DAP yang sering membawa pembohongan dan tuduhan tidak berasas kepada orang Cina yang menyebabkan mereka tersisih dari arus pembangunan" kata Datuk Liow.

"Dengan menanam kan sifat negatif kepada masyarakat Cina , pembangkang telah menafikan mereka dengan kehidupan yang lebih baik" kata timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong.

"Mereka telah di tanamkan dengan sikap curiga sehingga masyarakat Cina sukar mempercayai apa sahaja yang di laksana kan oleh kerajaan" ujar Datuk Wee lagi.

"DAP telah berjaya mempengaruhi minda masyarakat cina dengan propaganda DAP sehingga masyarakat Cina menyimpan sifat kebencian terutama nya golongan muda terhadap kerajaan" kata Datuk Wee lagi.

Atas sebab ini kaum Cina telah terlepas banyak peluang dan insentif dari program kerajaan di mana program anjuran kerajaan ini ada lah untuk semua kaum.

Maka apa yang nyata , kali ini MCA telah kenal pasti di mana mereka akan memberi tumpuan di dalam kempen memenangi hati penggundi untuk PRU14 , ia itu di laman sosial.

Datuk Wee menyelar setiausaha Agung DAP ia itu Lim Guan Eng yang sering berlagak sebagai orang yang btidak pernah melakukan kesilapan.

Sebalik nya LGE lah yang mengabui mata kaum Cina  sambil mengelirukan mereka.

Antara contoh yang terbaru ada lah apabila kerajaan meluluskan 10 sekolah Cina di mana ia ada lah hasil titik peluh MCA tetapi LGE dab DAP cuba mengelirukan masyarakat Cina berkenaan hal ini.

Maka atas sebab ini dan banyak sebab lain nya , sebagai Timbalan Presiden MCA , Dakuk Wee sama juga dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow mahu Pemuda MCA masuik ke alam maya dan mendekati kaum Cina dengan menangkis penipuan DAP.

Tidak di nafikan DAP masih juara di alam maya di kalangan kaum Cina dan atas sebab itu MCA mahu pemuda MCA bertindak segera masuk dan dekati rakyat sambil memberi penerangan yang betul.

Setiausaha MCA, Datuk On Ka Chuan juga mahu hal yang sama di pertingkat kan lagi dan MCA harus melakarkan strategi perang siber kerana banyak kerusi yang MCA bertndibg ada lah kawasan bandar yang pengundin nya di pengaruhi oleh informasi dari alam siber.

Apa yang jelas ada lah ketiga tiga tokoh MCA bermula dengan Presiden dan kemudian Timbalan serta Setiausaha nya telah mengenal pasti medan pertempuran sengit untuk mmikat hari kaum Cina ada lah di alam siber.

Kini nyata sekali selain UMNO , MCA juga akan lebih agresif masuk ke alam siber dan menyampai kan maklumat betul dan tepat berkenaan tindakan kerajaan BN sambil menangkisn dakyah serta fitnah DAP dan pembangkang yang lain.

Pendek kata , parti mana yang menguasai alam siber pasti sekali ada advantage untuk memenangi hati rakyat kerana hampir semua rakyat sudah memiliki alat penerimaan maklumat melalui smartphone mereka serta media sosial nya.

















No comments:

Post a Comment