Wednesday, 8 November 2017

Operasi Hippo SPAD Kantoikan Banyak Lori Tidak Ikut Syarat



Apabila lori lori yang penuh muatan  berkongsi laluan sama dengan kenderaan lain , ia sebenar nya satu risiko besar jika lori itu tidak memenuhi syarat atau pun perundangan.

Bayangkan jika lori yang penuh muatan di jalan raya itu adalah lori yang tidak ikut jadual pemeriksaan kenderaan atau memeriksa brek brek atau pun lain lain komponen yang boleh mengakibatkan lori itu tidak berada di dalam "Tip top condition" ia pasti sekali merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sering kali kita terbaca kisah berkenaan lori penuh muatan merempuh kenderaan lain , atau terbabas dan juga lori lori yang tayar nya tercabut dan melantun kena pada pengguna lain.

Itu kisah lori, sebenar nya pemandu lori lah yang memainkan peranan sama ada insiden kemalangan boleh terjadi atau tidak.

Ada kah pemandu kori itu berada di dalam keadaan mabuk, di pengaruhi dadah dan sebagai nya.

Ini lah guna nya operasi yang di laksana kan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang di beri nama "Operasi hippo".

SPAD bersama agensi penguatkuasa lain sering melakukan operasi mengejut ini demi menentukan lori lori dijalan raya telah mengikut syarat dan ketetapan.

Pada beberapa hari lalu SPAD telah mengada kan operasi memantau lori dengan kerjasama Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan di Kuantan , Pahang.

Operasi bersepadu ini di ketuai oleh Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad.




Dalam operasi ini SPAD yang di anggotai oleh sejumlah 38 anggota bersama Polis dan JPJ telah menahan sebanyak 31 buah lori dengan pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan kesalahan yang di lakukan ada lah muatan yang lebih , panel tambahan pada lori , muantan yang tidak di benar kan.

Sejumlah 66 buah kes di kesan dan 31 dari nya di tahan.


Sememang nya operasi seperti ini elok di lakukan secara kerap kerana keadaan lori yang tidak di periksa serta kenderaan yang tidak di selenggara merupakan satu risiko kepada pengguna jalanraya yang lain.






No comments:

Post a Comment