Sunday, 5 November 2017

Pemuda MCA Tibai Tun M Dan DAP - Tiada Prinsip Punya Orang

MCA melalui Ketua Pemuda nya melihat Tun Mahathir sebagai tiada prinsip dan juga tidak bermaruah.

Selama 22 tahun Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri  dan menghadiri perhimpunan Agong MCA pasti sekali ucapan dan kenyataan nya dihadapan ahli MCA ada lah bahawa parti DAP itu parti rasis dan chauvinist Cina.

Itu sahaja lah selama 22 tahun Tun Mahathir mengulangi mendokrin ahli MCA dan ahli UMNO juga.

Namun kini hanya sebab agenda peribadi nya terhalang dan tidak dapat menggunakan Barisan Nasional dan UMNO maka dia sanggup menjual harga diri  dan menukar prinaip.

Datuk Chong Sin Woon berkata hanya sebab mahu perkudakan DAP untuk kepentingan peribadi nya Tun Mahathir  sanggup berubah pendirian dan menyatakan DAP lebih baik dari MCA hanya kerana lagu DAP dalam bahasa Melayu.

Bukan setakat itu sahaja bah kan Tun Mahathir sanggup tukar kenyataan bahawa DAP pula yang  yang tidak rasis dan MCA pula yang rasis.

"Dr Mahathir tiada kerja lain selain menikam belakang parti yang sekian lama memberi sokongan kepada nya " kata Sin Woon.

Jika di imbas kembali sejarah pilihanraya , pasti akan terlihat pada ketika orang Melayu meminggirkan Tun Mahathir dan UMNO di waktu kritikal selepas pepecatan Anwar Ibrahim , MCA lah yang membawa undi penyelamat dari masyarakat Cina.



Dulu di era pemerintahan Mahathir , DAP sentiasa menghasut orang  Cina dan India dengan menyatakan mereka di layan umpama warga negara kelas dua dan semua faedah dan peruntukan dapat kepada kaum melayu , kata Datuk Chong ,kini DAP berubah haluan dan mahu bersekongkol dengan Tun Mahathir pula.

Nyata sekali DAP dan Tun Mahathir sebagai "sworn enemy" telah menjual prinsip.

Sesudah itu kedua pihak ini mahu menyelamatkan Malaysia pula.

Pasti sekali generasi muda tidak akan mempercayai kedua dua Tun Mahathir dan DAP.

Hanya sebab  Tun Mahathir perlu guna kan DAP dan Vice - versa maka kini Tun Mahathir mula menyatakan DAP ada lah parti pelbagai kaum pula.

Begitu lama untuk Tun  Mahathir menyedari kesilapan nya di mana ini cuma sandiwara sahaja kerana Tun Mahathir amat memerlukan DAP untuk cita cita peribadi nya sahaja tiada lain tujuan.

Kini rakyat yang berakal dan waras akan dapat menilai siapa itu DAP dan siapa itu  Tun Mahathir , eelqin pentaksub yang tertutup ruang berfikir.

Datuk Chong Sin Woon menyatakan hal sedemikain di mesyuarat Perhjmpunan Agung Pemuda MCA beberapa hari lalu.




No comments:

Post a Comment