Thursday, 9 November 2017

Penang Sebuah "Failed State" - TS Annuar Musa - Musuh Rakyat Penang Ada Lah Ketua Menteri Nya










"Tanah negeri di gadai , ada dijual tanpa tender & kepada syarikat kroni. Laporan Audit Negara nyatakan perolehan yang Guan Eng dapat melalui penjualan tanah 2008 hingga 2015 ada lah RM 1.22 billion. Sejak 2008 aset dan tanah di jual bernilai RM37 billion " TS Annuar Musa.

Kehebatan DAP selama ini ada lah membuat pelbagai dakwaan serta permainan persepsi terhadap musuh politik nya ia itu UMNO.

Selain dari itu DAP juga suka bersembunyi di sebalik guaman untuk melepaskan diri nya dari pelbagai skendel serta isu.

Dalam DAP membuat pelbagai serangan serta dakwaan terhadap UMNO dan Barisan Nasional , DAP sendiri hidup di dalam kekalutan.

Kepimpinan DAP pada hari ini terlahir dari satu penggundian parti yang tidak sah dan penuh tipu helah.

Pemilihan ahli CEC nya di buat dalam tipu daya dan pembohongan.

DAP boleh mengubah jumlah undi serta kedudukan calon nya dengan memanipulasi sistem undi nya hanya untuk memenangkan calon pilihan Pro keluarga Lim.

Selain itu DAP amat membela pesalah laku undang undang.

Lim Guan Eng masih aktif berpolitik walaupun akan di hadapkan ke mahkamah tidak lama lagi kerana kes rasuah.

Malah ketika EXCO Penang nya Phee Boon Poh  di dapati ada kesalahan DAP membela dengan segala jentera guaman nya.

Itu lah DAP parti yang gagal , penuh hipokrasi .

Jika DAP sebuah parti yang gagal yang di kuasai oleh keluarga LIM , maka negeri yang di perintah oleh DAP melalui Lim Guan Eng juga telah menjadi sebuah negeri yang gagal.

"Penang is A failed state" kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Selama ini rakyat di kabui dengan kisah 1MDB yang di jaja oleh Tun Mahathir, rupa rupa nya apabila isu ciptaan Tun Mahathir itu reda , baru lah ternampak kepincangan hebat yang di lakukan oleh Lim Guan Eng dan juga Azmin di Selangor.

Malah di tangan DAP Penang , negeri Penang menjadi hancur lunyai akibat kerakusan pemerintahan LGE.

Habis segala tanah bukit lereng bukit dan tanah rata di kerja kan untuk memenuhi kehendak LGE akibat nya negeri Penang tidak selamat untuk di duduki oleh rakyat nya sendiri.

Ini ada lah faktor kelemahan pentadbiran DAP dan LGE.

"Banyak pihak telah menegur pentadbiran DAP yang hanya dilihat mementingkan keuntungan tanpa memikirkan risiko pada masa hadapan" kata Tan Sri Annuar Musa.

"Jika di imbas kembali , pada 15 Disember 2013 Guan Eng begitu angjuh mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempoh satu penggal sahaja"  kata TS Annuar.

"ADUN Tanjong Ng Wei Aik yang mengeluarkan kenyataan pada tahun 2008 mampu selesaikan masalah banjir dalam tempoh 9 bulan sahaja, tapi lihat lah apa yang terjadi sekarang ini " kata TS Annuar.

Tiap tahun ada sahaja banjir.



"Duit kerajaan pusat RM150 juta telah di berikan untuk atasi banjir tapi mana pergi duit itu?" tanya TS Annuar.

Ini lah ciri ciri sebuah "failed state" , selain tidak tahu menguruskan banjir dengan dana pusat , DAP dan LGE juga tidak tahu urus kewangan negeri.

Terowong yang di kata kan akan di bina pun telah ketirisan wang rakyat RM300 juta hanya untuk kertas kosong konsultant.

DAP menyuap mulut penyokong dengan andaian Malaysia ada lah "Failed state" tetapi sebenar nya di celah kangkang DAP , pemerintahan Penang lah yang gagal.

RAKYAT PENANG TIDAK SELAMAT DI BAWAH DAP. MUSUH RAKYAT PENANG ADA LAH KERAJAAN DAP.

Kini banyak kawasan dan tempat menjadi "potential killer" pada masa hadapan kerana kerakusan DAP memberi kontraktor nya kerja kerja menoreh bukit untuk rumah mewah dengan rakus nya.

Beberapa rumah mewah juga di lereng bukit telah runtuh sebelum siap sepenuh nya kerana kedudukan nya di lereng.



Akhir nya bukan Malaysia yang tidak selamat , tetapi Penang yang tidak selamat.

Dan Malaysia tidak perlu di selamatkan sebalik nya Penang yang perlu di selamatkan.

Siapa kah yang datang membantu? kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga jadi penyelamat.

Tanpa LGE menalipon Datuk Seri Zahid pukul 3 pagi pun kerajaan BN sudah sedia kan pelan mengatasi banjir , itu lah kerajaan BN.

Lihat sahaja senarai jumlah malapetaka menimpa Penang semenjak ia di pimpin oleh LGE seperti di bawah.:-


Bila mengkritik kita mengguna kan fakta.

Nyata sekali pemimpin DAP ada lah dari jenis yang pandai mencipta isu dan mengkritik tetapi tidak pandai menguruskan hatta sebuah negeri.

Musuh rakyat Penang bukan orang lain , tetapi Ketua Menteri nya sendiri.



























2 comments:

  1. Orang tua ni patut keep his mouth shut, macamlah orang tak kenal
    SIAPA DIA.........Blrkkkkkkkk.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Maaf nak respon. If Penang is a "FAILED STATE", than what about DARUL NAIM. Dulu sebelum BULAN dan KERIS berakraban, setiap masa batman batman KERIS menyatakan DARUL NAIM "FAILED STATE". Actually those who said such was himself a "failure state of minds". Waalhualam

    ReplyDelete