Thursday, 16 November 2017

Sulan Johor Terima Mengadap Rombongan SPAD Bincang Projek RTS



Salah satu Projek Transportasi yang berkait dengan Negeri Johor Darul Takzim ada lah Projek Sistem Transit Rapid (RTS).

Maka sesuai sangat lah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai agensi terbabit dalam perancangan dan cadangan mengadap sembah kebawah Duli Sultan Johor Sultan Iskandar untuk berbincang berkenaan Projek itu.

SPAD di Ketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif nya Mohd Azharuddin Mat Sah.


Untuk Makluman , Sistem Transit Rapid (RTS) ada lah Projek menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) telah mengemukakan tiga pilihan kajian berhubung projek kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Tuanku telah di maklum kan oleh pegawai Spad bahawa  projek itu akan dapat memberi manfaat kepada 80,000 hingga 100,000 orang setiap hari.
Menurut Yang Berusaha En Mohd Azharuddin Mat Sah , Projek RTS ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor,”.
RTS adalah projek kereta api dua stesen dan sistem itu dijangka beroperasi sekitar tahun 2024.
Sebelum ini ada maklumat menyatakan bahawa Tuanku Sultan Johor di khabarkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk landasan ini. yang melengkung,
Selain itu jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.
Atas sebab ini Tuanku mencadangkan penjajaran yang lurus.

Maka bertindak atas cadangan Tuanku ,Putrajaya berjanji mengkaji cadangan itu.
Hasil nya  CEO SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah mengemukakan tiga pilihan kajian berhubung projek tersebut.

Turut hadir  sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Dr Prodyut Dutt dan Ketua Rel Antarabangsa, Farizul Hazli Baharom.

Dibawah gambar berkaitan penemuan antara Tuanku Sultan Johor dan rombongan dari SPAD }





No comments:

Post a Comment