Monday, 11 December 2017

300 Lagi Pemandu Teksi Bebas Dari Belenggu Kerja Untuk Orang Lain - Dapat Lesen Individu SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat hari ini te;ah membantu lagi 300 pemandu teksi dari belenggu menyewa dan bekerja untuk orang lain.

Hari ini seramai 300 lagi pemandu teks telah menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) bagi mendapat lesen teksi individu.

Pada "Majlis Penyampaian STK Bagi Permit Teksi Individu Dan Geran Tunai" mereka telah menerima lesen itu dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri , YB Dato Seri Hajah Nancy Shkuri.


 Maka dengan ada nya Majlis penyampaian Lesen pada 300 pemandu , jumlah penerima setakat ini ada lah seramai 1,208 pemandu.

“Manakala seramai 125 individu yang layak menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan pemandu yang menerima geran pada tahun ini lebih 500 orang.

“Kami percaya dengan pemberian lesen teksi individu baharu kepada pemandu yang mempunyai rekod bersih ini bakal menyediakan pilihan munasabah bagi mereka untuk keluar daripada belenggu sistem pajak,” kata Nancy.



YB Nancy juga berharap dengan pemberian ini pemandu teksi jangan lepas peluang untuk mengunakan E-hailing untuk menambah pendapatan mereka.
Kesemua mereka ini tertakluk di bawah Inisiatif program Transformasi Industri Teksi (TITP) .

Sebenar nya menurut Hj nancy , beribu ribu lagi permohonan sedang dalam proses.
Untuk makluman , proses untuk kelulusan beribu ribu ribu permohonan lagi terpaksa memakan masa kerana pemohon akan di saring oleh pelbagai agensi untuk pelepasan.

Nyata sekali program Transformasi Pengangkutan Awam Nasional di bawah idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin membuah kan hasil.
Tentu kesempitan berkerja untuk pihak lain tidak akan di lalui lagi oleh penerima lesen individu dan geran dari SPAD.


Kerajaan sebenar nya sentiasa berfikir untuk menambah baik kan industri teksi dan juga menjaga kebajikan pemandu teksi sebaik mungkin.
Pemberian seperti ini ada lah terjemahan pada hasrat ini.


Pemangku Pengerusi SPAD, YB Tan Sri Datuk Seri Utama Hj. Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Operasi, Puan Qamar Wan Noor turut hadir dalam Majlis ini.




#spad

No comments:

Post a Comment