Saturday, 16 December 2017

Kerjasama Antara Komponen Beri Keyakinan Kepada MCA Menghadapi PRU14



Ketika  berlansung nya perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC yang lalu , seorang pembahas dari Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said telah menyatakan betapa UMNO perlu berkerjasama dengan komponen nya MCA untuk menawan Pulau Pinang.

Dalam ringkas nya , Datuk Mohd Zaidi menyatakan rakan dalam Barisan Nasional ia itu MCA dan Gerakan yang di anggap nya sebagai "madu" dalam BN tiada pilihan lain selain mesti bersatu mengajar DAP.

Sejajar dengan kenyataan Datuk Mohd Zaidi Said , Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata "UMNO sentiasa menjaga kepentingan semua kaum walaupun ia sebuah parti  berpaksikan kaum".

"Ini lah pendirian teras dan Barisan Nasional yang sentiasa berkerjasama dalam semangat harmoni dan konsensus" kata Datuk Liow.

Kebenaran kepada kenyataan ini boleh di lihat pada pendirian yang di ambil oleh Barisan Nasional pada isu RUU yang lalu di mana semangat konsensus sesama komponen telah diambil.


"Ini lah prinsip yang boleh menjamin masa depan negara" ujar Liow lagi.

Pada hal ini , MCA, kata Liow yang juga Menteri Pengangkutan , menyatakan MCA telah bersedia menghadapi pilihanraya ke14 dan telah membuat banyak kerja "groundwork' untuk memastikan kemenangan parti.

Paling penting MCA sentiasa turun padang dan wakil nya sentiasa bersama masyarakat untuk membantu mereka dan bukan sahaja ada ketika mahu menghadapi pilihanraya.

MCA telah mengada kan pelbagai program untuk persiapan ahli nya menghadapi pilihanraya.

Tidak di nafikan salah satu cara MCA yang di kira berkesan ada lah dengan mengenal pasti calon PRU nya terlebih awal dan memastikan calon ini telah pun berkerja turun padang di kawasan yang mereka di jangka  bertanding.

Strategi ini ada lah yang terbaik kerana masyarakat kawasan itu sudah mengenali siapa yang bakal mewakili mereka dan  sambil itu boleh menilai keperibadian calon yang di tawar kan oleh MCA.

Paling penting kali ini , MCA , UMNO dan parti Gerakan berada di dalam satu pasukan yang bertekad membantu satu sama lain , dan selain itu parti parti dalam Barisan Nasional menghadapi PRU14 tanpa ada sebarang krisis kepimpinan seperti DAP dan tiada pergolakan seperti Parti Bunga yang menghadapi masalah AGM nya.

#mca

No comments:

Post a Comment