Sunday, 10 December 2017

Perhimpunan Teragung Berakhir , Peperangan Terbesar Pun Bermula - Allah Hu Akbar!!!!




Maka berakhir lah sebuah perhimpunan parti umat Melayu beragama Islam pada PAU 2017 pada hari Sabtu yang lalu.

Perhimpunan di mana ahli nya tidak henti henti mengucapkan laungan Allah Hu Akbar.

Selain laungan Allah Hu Akbar , sesi himpunan pula bermula dengan bacaan ayat AlQuran oleh adik adik tahafiz.

Laungan Allah Hu Akbar yang di iringi penuh ikhlas dan pengisian sebenar tidak sekadar retorik seperti ada parti yang berlogo Islam dalam pembangkang tetapi membisu apabila sahabat komponen nya mahu minum arak di khalayak ramai , mahu pun membawa NGO LBGT menghadiri perhimpunan mereka.

Pada himpunan kali ini , amanat terpenting serta arahan terkhusus juga turut di sampai kan oleh Presiden Parti Keramat UMNO.

Musuh yang nyata atau pun tersembunyi tetap akan di tentang tanpa mahu mengaku kalah.


Apabila Presiden UMNO Datuk Seri Najib melaungkan lagu perang dengan menyatakan Putrajaya akan di pertahan kan dengan titisan darah terakhir , ia bukan sekadar retorik , bersama nya survival kaum Islam Melayu serta agama dan Raja mereka turut akan di pertahanan kan.

Melayu , Islam dan Raja mereka ada lah pakej lengkap satu tamadun mulia.

Selagi ada Melayu selagi itu lah ada Islam dalam negara ini, dan penjaga agama Islam di tanah ini semesti nya dipertahan kan dan di nobatkan.

Selain dari musuh yang durjana dan di kenali , UMNO kali ini berhadapan juga dengan musuh sebangsa yang sanggup jadi "si Kitol" moden yang tidak sedar diri.

Si Kitol yang rasa terhina apabila bangsa seagama nya memerintah , namun menjadi bangga pula berkerja dengan musuh durjana yang datang dari bangsa lain.

UMNO menentang musuh agama yang menyenbunyi kan tujuan dan hasrat mengembang kan agama mereka di sebalik politik kepartian.

Pada himpunan kali ini ahli UMNO beramai ramai berdoa kepada khalik nya , Allah supaya sentiasa melindungi hamba Islam nya dari musuh yang menyinpan agenda zalim kepada umat Islam jika mereka memerintah.

Unik nya negara ini ada lah Raja Raja Melayu ada lah Ketua Agama Islam.

Ini lah benteng yang mengikat umat Melayu kepada Islam.

Presiden UMNO ketika melafazkan gendang perang turut melaungkan akan mempertanhan kan Raja Raja Melayu.

UMNO juga sebenar nya melindungi kaum dan penganut agama lain dalam negara ini.

Ketika permbahas UMNO membentangkan perbahasan mereka , boleh di lihat kesejahteraan yang mereka mahu , baik dari sudut agama , ekonomi , keselamatan dan pelajaran.

Apa yang di minta tidak lansung mengambil hak bukan Melayu dan bukan Islam.

Ketika berucap membuka perhimpunan UMNO Parit , Perak , beberapa bulan lalu , Datuk Seri Najib ada bertanya pada para ahli UMNO Bahagian Parit , "Melayu ada pilihan lain kah selain UMNO?"

Ini kerana pada parti lain yang melayu berkongsi kuasa , Melayu perlu berunding dengan bukan Melayu waima hal Masjid dan surau mereka sendiri.

Maka jelas lah perhimpunan UMNO 2017 ada lah Perhimpunan teramai dan terbesar jga terpenting.

Tiap kali UMNO bersidang , UMNO bukan bersidang untuk ahli nya, tetapi untuk bangsa Melayu Islam.

Kepentingan UMNO ada lah kepentingan Melayu.

UMNO akan sakit jika orang melayu sakit, dan UMNO pasti bangkit apabila melayu tersepit.

Kerana tertubuh nya UMNO ada lah dari derita dan sakit orang melayu.

Maka setelah selesai himpunan teragung , maka amanat teragung dari Presiden turut di pikul pulang oleh ahli UMNO.

Bersama nya ada lah  Agama , bangsa serta tanah air yang perlu di pertahan kan dari musuh nyata yang cuba merampas dari orang Melayu Islam.

Hidup UMNO , Hidup Melayu , Hidup Islam






#yp

3 comments:

  1. tunggu masa untuk pupus jika kalah dlm PRU nanti,terbaik la, admin pun copy paste je,sendiri pun tak baca apa yg dia post,kipidap,usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Retorik semata-mata. Banyak kata tapi kosong makna.

    ReplyDelete