Sunday, 24 December 2017

PM Puas Hati Persiapan PRU14 Parti MCA.



Amat jarang sekali Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional melawat Ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur selain menghadiri Perhimpunan tahunan MCA sahaja.

Namun kali ini lain cerita nya , Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib telah sanggup datang ke ibu pejabat MCA di Wisma MCA di Jalan Ampang untuk mendengar taklimat Pilihanraya dari MCA sendiri.

Menurut Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai , sebagai Pengerusi Barisan Nasional , Datuk Seri Najib telah memberi "thumbs up" kepada usaha gigih MCA dalam persiapan parti itu dalam menghadapi pilihanraya ajan datang.



Kedatangan DS Najib sebagai Pengerusi BN ke ibupejabat MCA ada lah "unprecedented" di mana belum pernah hal sebegini berlaku , dan ini pasti sekali boleh "boost" imej MCA di kalangan masyarakat Cina bahawa masa depan mereka ada lah bersama MCA dan bukan DAP.

Hal ini juga menampak kan betapa akrab nya antara hubungan MCA dan UMNO yang di jalin sekian lama semenjak sebelum merdeka lagi.

Ini lah yang di maksudkan sebagai "setiakawan" dalam semangat Barisan Nasional.

MCA telah bersama BN sekian lama mengharungi jatuh dan naik bersama sama

Sekali sekala MCA ada juga tidak bersetuju dengan dasar dasar yang di implement oleh kerajaan yang di pimpin oleh UMNO , namun ia selalu nya di selesaikan dalam semangat perundingan dan konsensus sesama parti.

Ketika parti UMNO di haramkan pada tahun 1988 lalu Presiden UMNO Tun Mahathir tidak boleh memegang tampuk pemerintahan lalu Presiden MCA ketika itu Ling Liong Sik telah mengambil alih seketika sebagai Pengerusi BN dan menyerah kuasa kembali kepada Presiden UMNO Baru Tun Mahathir, sebaik sahaja UMNO baru di daftar kan.

Begitu lah akrab dan setia nya MCA kepada sahabat nya UMNO.

Kembali kepada topik di atas , pada mesyuarat MCA ini , setelah di briefing oleh kepimpinan MCA ,
Datuk Seri Najib amat puas hati dan menerima dengan baik hasil kerja MCA selama dua tahun ini.

Liow juga turut umum secara awal bahawa MCA sudah ada nama calon untuk 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN.

MCA juga akan membariskan hampir 50% calon muda dan baru.

Mereka yang sudah di kenal pasti sebagai calon sedang bekerja keras di kawasan yang mereka akan di tandingkan.

Namun , Liow berkata ada kemungkinan sedikit "adjusment" atau penukaran kemudian kerana senarai nama belum secara rasmi di sahkan oleh Pengerusi BN , yakni Datuk Seri Najib.

Apa pun syabas MCA kerana begitu tekun turun ke padang menemui masyarakat Cina.

Dan paling penting MCA turun ke padang membawa rekod hasil kerja mereka dan pencapaian , tidak seperti DAP hanya membawa ceramah kebencian untuk memancing undi.


No comments:

Post a Comment