Wednesday, 20 December 2017

Serah Kembali Pingat Kebesaran Agenda Mahathir Mahu Yakin Kan Penyokong DAP



Ketika himpunan Anti-Kleptokrasi berlansung satu ketika dulu , mesej terbesar yang di hantar oleh penyokong DAP ada lah mereka tidak percaya kepada Mahathir.

Mahathir belum dapat di terima oleh penyokonjg DAP.

Sekian lama Mahathir mencaci menghina DAP , tiba tiba 22 tahun kemudian dengan mudah Mahathir menyatakan DAP dan Lim Kit Siang bukan seperti yang di nyatakan.



Mungkin Mahathir sebagai "con-politician" mudah membuat U-turn namun rakyat tidak secepat itu untuk menghadam nya.




Maka nyata sekali Mahathir telah alami defisit kepercayaan dari masyarakat Cina yang amat curiga dengan tindak tanduk nya mahu memeluk DAP.


Maka jadi lah apa yang kita lihat pada himpunan Anti-kleptokrasi di mana penyokong Cina DAP telah "abandon' himpunan itu.

Mahathir sedar dia bukan lagi "crowd puller". Malah lim Kit Siang juga sedar akan hal ini.

Maka ketika undian CEC berlansung hanya 50% sahaja wakil DAP mengundi, nyata sekali LKS menang dengan sedikit sokongan sahaja.

Apakah yang harus di lakukan oleh Mahathir pula untuk menyelesaikan hal ini?

Parti asal nya UMNO dan orang Melayu sudah tidak dapat menerima nya, kini platform baru nya ia itu DAP pula masih belum menerima secara total.

Grass root PKR seperti otai reformasi pula menyatakan bantahan kemasukan Mahathir.

Hanya Lim Kit Siang sahaja yang memandai memasuk kan Mahathir melalui rundingan sulit. namun grass root DAP tidak sependapat akan hal ini.



Pada 13 hb Disember lalu , Ketua Penerangan UMNO , Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan telah berkata bahawa  Tun Mahathir ada agenda tersembunyi apabila memulang kan pingat kebesaran kepada Sultan Selangor.

Benar , dan berkemungkinan antara agenda itu ada lah Mahathir cuba memikat penyokong Cina DAP bahawa dia telah bergaduh dengan Sultan Melayu.

Maka dengan memulangkan pingat itu, Mahathir berharap dia mendapat kepercayaan dari puak ini.

Ia antara kenyataan  membawa mesej Mahathir kepada pengundi DAP bahawa "aku bersama mu membenci sultan".


Pada 12 hb Disember lalu Mahathir ada membuat kenyataan jika rakyat terdesak dia boleh jadi Perdana Menteri "sementara".

Perkataan "sementara" itu amat besar makna nya kerana yang penting untuk Mahathir ada lah membuat "sesuatu" yang hanya kuasa Perdana Menteri sahaja mampu meluluskan nya.

Ini lah Mahathir , masalah nya di jadi kan masalah negara , kesusahan peribadi nya merosak kan negara , tetapi kekayaan milik anak beranak serta kroni nya tidak pula di kongsi dengan rakyat.

Benar sekali andaian Ketua Penerangan UMNO , Tan Sri Annuar Musa, Mahathir ada agenda tersembunyi, ia walau pun tersembunyi rakyat sudah mengetahui tiada lain berkenaan Mahathir selain kepentingan peribadi sahaja.

Sambil itu , dia akan mencipta isu supaya rakyat tidak tertumpu kepada diri nya tetapi kepada orang lain , ini kepakaran Mahathir yang tidak boleh di sangkal.


#YP
Date 22.12.2017



No comments:

Post a Comment