Saturday, 6 January 2018

Agama Islam Tidak Dapat Di Tegak kan Tanpa Kuasa - Tan Sri Annuar Musa




Baru baru ini Menteri Besar Selangor Azmin Ali telah mengizinkan pesta Arak di adakan di negeri Selangor.

Signifikan kepada majlis Arak ini ia ada lah betapa seorang MB Islam terpaksa akur kepada kehendak bukan Islam kepada majlis yang tidak penting dan tidak di perlukan.

Isu ini memperlihatkan  betapa pemimpin Islam dari pihak pembangkang tidak mampu mempertahuan kan Islam akibat MB nya sangat bergantung nyawa politik kepada sahabat bukan Islam nya dari DAP.


Isu ini memperingat kan kita betapa bukan Islam menguasai orang Islam dalam Pakatan Harapan.

Ia juga mengingatkan kita kepada peristiwa yang terjadi kepada Datuk Hassan Ali yang terpaksa di buang oleh parti nya kerana tekanan kafir DAP , lebih memalukan dia terpaksa memulang kan arak yang di rampas.

Kemudian Azmin Ali terpaksa membaca petikan dari bible kepada para hadirin di sebuab majlis hanya untuk ambil hati penggundi kafir nya.

Itu lah rupa bentuk apa bila pemimpin Islam tiada kuasa dan kekuatan.

Pada satu sesi ,Ketua penerangan UMNO Tan Sri Anwar bertanya , dari mana datang kekuatan UMNO? Jawapan yang di beri oleh Ketua Penerangan UMNO ada lah  ia datang dari berpegang teguh kepada Allah dan juga pesanan kepada orang Islam jangan lah bercerai berai.

Agama Islam tidak dapat di tegak kan tanpa orang Islam berkuasa. UMNO ada lah wakil orang Islam.

Kita sudah lihat betapa pihak songsang , NGO anti Islam dan sewaktu dengan nya sedang menunggu parti dari Pakatan Harapan berkuasa untuk mereka muncul dengan agenda agama mereka.

Hanya UMNO sahaja yang menghalang nya di waktu ini.

Memang  benar sangat lah tanpa kuasa orang Islam dan agama Islam akan di lenyek , di pijak dan di permainkan seperti yang boleh kita lihat pada petanda yang berlaku.

Di bawah ini kita persembahkan  nasihat serta amanat penting dari Ketua Penerangan UMNO TS Annuar Musa yang sangat tepat dan penuh nasihat untuk pedoman ahli UMNO dan orang Melayu.

100 HARI TERAKHIR MENJELANG PRU-14

Petikan/ Intipati Ucaptama
Tan Sri Annuar Musa
di Permukiman (Retreat) Jentera PRU UMNO Bahagian Taiping.
Sabtu, 6 Jan 2018.

1. Kekuatan UMNO datang daripada "berpegang teguh kepada tali Allah dan janganlah bercerai-berai" iaitu firman Allah swt dlm al-Quran.

2. Sebagai orang beriman, hendaklah kita berazam untuk "tidak mati melainkan berjuang untuk Islam."

3.  Dalam solat, kita lafazkan iktikadkan solat,  hidup & mati demi Allah.

4. Maka perjuangan politik, hadir program politik, kerja dlm politik mestilah dalam kerangka ibadah kerana Allah.

5. Ibu-ibu mampu lahirkan zuriat demi zuriat, asuhan keluarga jadi anak terbaik, kumpul harta anak2 warisi kekayaan, tapi anak terpelajar baik doktor jurutera atau apa profesion, belum tentu dapat menentukan kuasa pemerintahan.

6. Apa makna kalau mereka terpelajar, profesional atau kaya jika tidak berkuasa & tidak memerintah?

7. Dengan ada kuasa, kita dapat tentukan tampuk pimpinan negeri & pusat daripada orang Islam, tidak kita seperti nasib orang Palestin walau di bumi anbia, ada Masjidil Aqsa.

8. Maka setiap langkah, program, mesyuarat, permukiman & perjumpaan politik ini penting untuk tentukan kuasa.

9. Ulama muktabar seperti Ibnu Taimiyah kata, tugas menentukan kuasa pemerintahan adalah sebahagian kerja agama yang  besar, hatta agama tidak dapat di tegak kan tanpa kuasa

10. Bermakna kita terlibat politik & tentukan kuasa, kerja kita dalam kerangka agama.

11. Beruntung kita dapat berjuang di saf hadapan, untung ada jawatan atau tidak ada jawatan sebab berjuang dalam UMNO itu dalam kerangka ibadah.

12. Syukur dalam saf hadapan, syukur jadi JR, syukur jadi jentera sebab kita buat ibadah.

13. Ibnu Khudamah kata bagi orang Islam, membentuk pemerintahan itu fardhu kifayah & fardhu ain pula bagi yang diangkat memerintah.

14. Jika tiada kuasa, tidak dapat kita buat fardhu kifayah.

15. Apabila Rasulullah saw hijrah ke Madinah, Baginda berdakwah dengan ada kuasa memerintah, ada perlembagaan, ada tentera, lantik duta, atur orang berniaga, satu padukan umat Islam & bukan Islam, laksana sistem hidup Islam sehingga lengkaplah Islam kerana ada kuasa pemerintahan.

16. Maka untuk tanam tekad di hati mengenai kepentingan kerja dalam parti sebagai ibadah, boleh juga kita laungkan perjuangan UMNO lillahi Taala.

17. Perjuangan UMNO kerana ALLAH.

18. Mufti Perak, Tn Hj Ismail Hamzah pada 28 Mei 1946 ketika bcg wadah perjuangan UMNO, kata kepada Inggeris kita hendak tegaskan kita tidak berhasrat duduk bawah orang British, tetapi kita duduk bawah Raja2 Melayu, bawah pemerintahan Islam sahaja

19. Maka kita jadi Melayu bukan kerana keturunan, ketika tubuh UMNO ada lah untut merdeka, NGO2 Melayu terlalu kecil, tapi atas nama agama kita bersatu.

20. Dlm Islam, tidak ada keturunan yg hina sebab semua bersatu sebagai Melayu.

21. Jawa, Acheh, Bugis, Turki, Mamak, Fatani bkn Melayu, tapi semua jadi Melayu kerana beragama Islam.

22. Asas itu tepati perintah bersatu pada ikatan "dengan tali Allah".

23. Sebab itu laungan perjuangan kita mula-mula disebut demi agama.

24. Jadilah kerja kita kerja ibadah.

25. Maka politik UMNO bukan politik ikutan, bukan kerana ikut trend, bukan sebab ada projek, tetapi kerana ada PENGHAYATAN & KEKUATAN dlm PERJUANGAN

Maka jelas sekali dari intipati ucapan TS Annuar Musa di atas , UMNO lah benteng agama Islam.

Atas sebab rupa bentuk politik di Malaysia ada lah Islam di tunjang parti UMNO sedang  berperang dengan parti Pakatan Harapan yang bertunjang parti kafir beragenda sonsang DAP.

Ia satu pahala jika ahli UMNO dan orang Melayu melawan dengan sepenuh jiwa raga kepada agenda sulit yang sedang di rencana kan jika mereka yang di ketuai oleh DAP memerintah.

No comments:

Post a Comment