Saturday, 20 January 2018

Bulan April Ini, Rakyat Terengganu Dapat Kemudahan Khidmat MyBasTermasuk Bas Elektrik



Ini lah yang dimaksudkan dengan terma Tranformasi Pengangkutan Awam yang di canang dan di laksana kan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan Transformasi National nya.

Pada bulan April 2018 ini rakyat Trengganu terutama yang tinggal di kota Kuala Trengganu akan dapat merasai kemudahan pengangkutan yang lebih selesa dan moden dengan ada nya perkhidmatan MyBas.

Usaha gigih Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyahut cabaran memoden kan serta memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam semakin membuah kan hasil.

Peringkat demi peringkat SPAD melaksana kan sistem moden dengan bas baru dan luas dari sebuah negeri ke seuah negeri di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas henti henti (SBST).

Sebelum negeri Terenggnu mendapat servis MyBas ini beberapa bandar lain telah beroperasi ia itu  bandar Ipoh , Kangar dan Seremban.

Negeri Terengganu di jangka akan mendapat 30 buah bas termasuk 9 buah dari nya ada lah bas elektrik yang akan  beroperasi di 7 buah laluan yang utama merangkumi jarak sejauh 235.9 kilometer.

Pelancaran sistem MyBas di Trengganu ini akan di laksana mengikut beberapa fasa.

Untuk fasa pertama sejumlah 4 buah bas elektrik akan di gunakan untuk laluan di sekitar daerah Kuala Terengganu , Kuala Nerus dan kawasan Marang.

Menurut ucapan Menter Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif , Fasa Pertama akan bermula pada bulan April yang melibatkan 11 buah bas termasuk 4 dari nya bas elektrik yang akan beroperasi di 3 laluan utama dan juga 1 laluan peantara ksmeu membabitkan 96.9 km jarak nya.

"Laluan fasa pertama akan merentasi pusat bandar Kuala Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Jeti Marang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Chendering dan Bukit Payung,"

Maka dengan pelancaran MyBas serta servis bas elektrik ini , negeri Terengganu menjadi negeri pertama di pantai timur dapat manfaat servis bas henti henti ini.

Ini lah mode perjalanan yang paling efisien selain murah untuk rakyat marhaen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hajah Nancy Shukri menyatakan langkah ini semua seiring dengan komitmen untuk menurun kan kadar karbon ke alam sekitar bsehingga 45% pada tahun 2030.

“Atas inisiatif kerajaan, rakyat Terengganu bukan sahaja dapat menikmati kadar tambang yang berpatutan iaitu serendah 90 sen hingga RM2.50, malah pada masa sama turut menikmati perkhidmatan bas selesa, bercirikan moden serta mesra alam. Diskaun sebanyak 50% juga diberikan kepada pelajar sekolah, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas,” ujar Datuk Nancy.


Benar sangat bahawa bukan sekadar merancang di atas kertas , bahkan memastikan Transformasi Pengangkutan  Awam terus berjalan lancar di bawah penyelian SPAD sebagai sebuah badan yang di amanahkan untuk menjayakan kehendak Tranformasi ini.

Akhir nya yang mendapat manfaat ada lah rakyat sendiri terutama di Terengganu ini dengan mendapat lagi satu opsyen transport untuk kemudahan mereka.

No comments:

Post a Comment