Wednesday, 17 January 2018

Istihar Pengagihan Kerusi Pakatan Pun Ada Tipu Muslihat Nya - Tan Sri Annuar Musa


Mungkin Tun Mahathir sedar DAP sedang berada di dalam keadaan yang amat tenat kerana kes skandal mega Terowong Pulau Pinang.

Maka atas sebab DAP dan Lim Guan Eng tidak mampu menjawap atau memberi penjelasan akibat di serang atas dan bawah berkenaan penyelewengan projek itu , maka Tun Mahathir cuba mengalihkan perhatian rakyat dari tumpu kepada skandal DAP.

Apa yang cuba Tun Mahathir lakukan ada lah mencabar parti PAS membuat pendirian sama ada mereka mahu memilih diri nya atau Najib Razak sebagai pilihan PAS pada PRU14.

Namun pertanyaan Mahathir di tempelak oleh Naib Presiden PAS , Idris Ahmad dengan menyatakan bahawa PAS ada pilihan tersendiri dan Tun Mahathir harus sedar dia bukan lagi Perdana Menteri untuk memaksa PAS membuat pendirian.

Apa yang boleh kita saksikan ada lah cubaan Tun Mahathir memaparkan PRU14 ini hanya ada satu opsyen sahaja sama ada memilih diri nya ia itu calon Pakatan Harapan , atau memilih Najib ia itu calon Barisan Nasional.

Ini lah tindakan "desperado" Tun Mahathir konon nya orang Melayu hanya ada 2 pilihan sahaja.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan UMNO , Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan bahawa ini semua tipu Muslihat sahaja.

Malah menurut TSAM , pembahagian kerusi pun jelas menunjuk kan Pakatan Harapan cuba bermain silap mata.

Pembahagian kerusi lansung tidak menunjuk kan kedudukan sebenar kerana kerusi DAP di Sabah dan Sarawak tidak di pamer kan.

Kata TSAM , “Kalau mahu lantik Perdana Menteri Malaysia, PH tak boleh hanya menghitung dengan 165 sahaja.

"Kerusi Parlimen ada 222 seluruh negara, jadi mereka kena kira 222 kerusi.

"Tetapi kenapa mereka hanya isythiar 165 kerusi sahaja? Apa muslihatnya?

“Bagi saya, apa yang mereka nak gambarkan dalam pembahagian kerusi itu, adalah supaya nampak macam PPBM paling banyak dapat kerusi dan secara tak langsung, PPBM bakal jadi parti paling tinggi kerusinya di dalam PH nanti , jelas Tan Sri Annuar.

Ini lah dia penipuan terhadap rakyat secara terang terangan.

TSAM juga turut menmberi tahu bahawa PPBM juga tidak bertanding di Sabah dan Sarawak, maka PPBM bukan dominan , DAP yang dominan.

Untuk makluman , kerusi PAN juga di kira sebagai kerusi DAP , kerana sebagai "hamba" DAP , PAN hanya menjadi Pak Turut sahaja kepada DAP.

Jadi apa yang jelas ada lah DAP itu Boss kepada PPBM dan bukan sebagai yang cuba di gambar kan oleh Tun Mahathir.

Paling penting bukan sahaja berapa kerusi di peruntukan kepada komponen dalam PH, tetapi berapa pula jumlah yang boleh di menangi.

Mengikut kajian , PPBM bertanding di kerusi sampah dan "leftover" sahaja dan peratus untuk menang amat tipis di tambah faktor , pertandingan tiga penjuru.

Apa yang menarik untuk di perhatikan ada lah di mana kah Tun Mahathir mahu meletak kan anak nya Mukhriz bertanding , kerana negara hampir rosak kerana Tun Mahathir menyimpan niat mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

TSAM tambah kata "DAP pula bertanding di kawasan yang mana boleh dikatakan kesemua kerusi-kerusi itu sudah pun dimenangi oleh mereka.

“Jadi dalam hal pembahagian kerusi ini hanyalah satu taktik bagi PH, khususnya buat DAP untuk membuat helah dan tipu muslihat bagi membina persepsi di kalangan rakyat, terutama orang Melayu bahawa bukanlah DAP menguasai PH tetapi adalah PPBM, sedangkan hakikatnya tidak begitu" kata TS Annuar Musa.

Jadi rakyat jangan lah di tipu dengan silap mata mainan Pakatan Harapan , terutama nya DAP.

Dalam pengistiharaan kerusi pun sudah ada tipu muslihat. Yang jadi mangsa pasti nya rakyat juga.









No comments:

Post a Comment