Monday, 22 January 2018

Pemandu Teksi Tradisi Juga Boleh Migrasi ke Uber Dan Grab Jika Mahu - Nancy Shukri


Pemandu teksi di Sabah tidak perlu protes atau berhimpun untuk menunjuk kan sifat tidak puas hati pada hal berkaitan hal ehwal industri teksi mereka.

Kerjaan melalui agensi nya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa mendengar serta akan mencari jalan menyelesaikan sebarang isu.

Para pemandu teksi tradisi jangan pula terpengaruh kepada pihak tertentu yang cenderong kepada politik dan mengambil kesempatan dari pemandu teksi tanpa di sedari oleh mereka.

SPAD sebagai badan rasmi yang telah di lantik oleh kerajaan bagi menguruskan hal hal pengangkutan awam darat sentiasa mahu menyelesaikan hal hal teksi jika ada sebarang permasalahan.

Harus di ingat , SPAD tiada kepentingan terhadap ,mana mana pihak selain mewakili semua pihak yang berkaitan.



Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang di amanahkan menjaga urusan pengangkutan awam darat Datuk Hajah Nancy Shukri telah menyata kan kerajaan mahu semua terlibat dalam hal teksi sama ada yang memandu teksi tradisi , UBER atau pun Grab harus berada di tahap "level playing field".

"Drivers providing ride sharing services in Sabah have to be on par with taxi drivers, with PSV licence and vehicle inspection by Puspakom.?


Andaian pemandu teksi tradisi konon nya pemandu E-hailing mendapat laluan mudah dan kurang pemantauan dari pihak berkuasa ada lah tidak benar.

Kini mereka mereka yang membawa Uber dan Grab di negeri Sabah juga akan melalui proses yang sama di lalui oleh pemandu teksi biasa mulai bulan hadapan.

Hal ini telah pun di gazet kan dan akan di laksana kan.

Hajah Nancy Shukri juga telah memaklum kan bahawa pemandu teksi tradisi juga boleh migrasi ke sistem E-hailing jika mahu, maka ini nyata sekali memberi peluang yang sama rata untuk mereka bersaing secara adil demi mencari nafkah.

Untuk makluman , di Samenanjung sejumlah 600 pemandu teksi tradisi telah pun migrasi ke Uber dan sejumlah 2,200 telah menyertai Grabcar , kata Hajah Nancy.

"Ini bukan lah untuk mengalak kan pemandu teksi biasa menyertai servis E-Hailing tetapi hanya ingin memberi tahu mereka juga ada peluang jika mahu" kata Nancy.

Berkenaan tambang pemandu teksi biasa yang mahu kan tambang di kurang kan , ia boleh di lakukan jika mereka mahu kerana harga tambang itu berfungsi sebagai tambang siling sahaja dan pemandu teksi boleh mengenakan tambang lebih murah jika mereka mahu.

Kerajaan mahu pemandu teksi tradisi mengikut peredaran zaman dan memahami modenisasi dalam industri teksi.

"Kerajaan tidak mahu melihat industri teksi tradisi pupus" kata Hajah Nancy.

Kini dengan regulasi baru , pemandu teksi Uber dan Grabcar juga terpaksa melalui apa yang di lalui oleh Pemandu teksi biasa yakni mereka perlu membawa kenderaan mereka untuk di periksa di Puspakom ikut jadual  dan mereka harus juga ada lesen PSV sama dengan pemandu teksi biasa.

Jelas , dengan tindakan ini , tentu pemandu teksi biasa tidak lagi terasa mereka di kedudukan tidak adil dan di anak tiri kan.






No comments:

Post a Comment