Monday, 29 January 2018

PH Dan Tun M , Berniat Mahu Gunakan Duta Eropah Untuk Batalkan Kemenangan BN Kah?


Jika anda berurusan dengan Tun Mahathir minda anda harus keluar dari kotak biasa (outside the box).

Pilihanraya ke14 ada lah pilihanraya biasa bagi rakyat dan ahli politik biasa.

Kalah menang juga ada lah lumrah didalam PRU.

Namun bagi Tun Mahathir , PRU14 bukan PRU yang lazim seperti PRU yang lepas.

Pada Tun Mahathir PRU14 ada lah nyawa untuk banyak perkara sulit dan tersembunyi.

Apa yang kita ketahui ada lah hendak menjadikan anak nya Perdana Menteri ,tetapi untuk apa? tidak lain ada lah untuk melaksana kan sesuatu yang tidak boleh di bisik kan kepada Perdana Menteri yang lepas dan Perdana Menteri yang sedia ada.

Dengan tindak tanduk Tun Mahathir hari demi hari, sudah jelas ia bukan lagi kerana 1MDB.

Isu 1MDB hanya lah umpan supaya yang menyokong nya kenyang dengan isu 1MDB dan tidak fokus kepada kenapa isu 1MDB di bangkitkan.

Ia juga bukan kerana sayang kan negara atau bangsa , jauh lagi dari agama , kerana dalam agama Islam menuduh tanpa  bukti ada lah satu dosa besar.

Baru baru ini segerombolan duta dari block Eropah telah bertemu dengan pihak kepimpinan PH yang turut ada Tun Mahathir bersama nya sebagai kepala dalam pertemuan itu.

Dengan ada nya Tun Mahathir kita boleh lah andaikan ia ada lah kerja Tun Mahathir dan pemimpin PH yang lain tidak sebijak Tun Mahathir untuk memikirkan akan mengguna kan anggota EU.

Seperti di kata jika PH kalah pada PRU14 , ia satu mala petaka kepada Tun Mahathir.

Bersama nya  berbillion akan "gone with the wind" kerana Tun Mahathir berfikiran ini ada lah PRU yang terakhir bagi nya.

Lima tahun selepas PRU14 ada lah terlalu lama untuk orang yang sudah berusia 92 tahun. Time is not on his side.

Masa tidak bermurah hati dengan Tun Mahathir. Apa apa yang hendak di "execute" oleh nya mesti di laksana kan pada PRU14.

Plan asal Tun M ada lah anak nya yang sepatut melaksana kan , namun tidak menjadi , maka jawatan PM sementara pun boleh juga sebagai Plan B.

Ia bukan kerana jawatan itu, tetapi apa yang jawatan "PM" itu boleh lakukan itu yang sebenar nya.

Maka , sebaik sahaja ada pertemuan dengan anggota kesatuan EU , kita sudah dapat baca muslihat Tun M yang mempengaruhi anggota PH yang lain.

Jangan lupa, sambil Tun M nampak ceramah sana dan sini di Malaysia , tahu tahu 2 wakil nya sudah sampai ke Amerika buat kerja anarki. Hatta, DOJ lah , WSJ lah  dan SR.

Apa muslihat yang bakal datang dari kedutaan EU?

Kembali lah kita kepada dakwaan Tun M konon nya nama Fatimah sebanyak 900 seperti di bawah ini :-

Tanya lah Tun m , mana dia tahu akan hal ini?

Tentu ada talibarut memberitahu kepada nya. Dan kenapa dia sudah tahu? kerana perbincangan pasti nya dengan mereka yang ada kaitan dengan SPR.

Kenapa bual berkenaan ini? mungkin sedang mencari helah memasang sesuatu kemudian menimbulkan nya untuk membatalkan kemenangan BN dan membawa nya kepada anggota EU sebagai  bukti yang sudah  di rencana kan.

Kita harus ingat akan hal bagaimana setelah peristiwa memalukan kemenangan Presiden UMNO Tun Mahathir pada 1987/88 hanya dengan 43 undi melawan anggota kabinet nya sendiri.

Setelah jadi Presiden 8 tahun pun tewas , begitu tidak popular nya Presiden UMNO.

Maka apa terjadi kemudian UMNO di batal kan. Kerana ada cawangan tidak di daftar kan, seolah olah ia telah di rancang.

Setelah UMNO di batal kan , maka separuh ahli yang Pro Ku Li tidak dapat masuk kembali ke dalam UMNO baru. Dan Presiden terus kukuh dengan undi Bonos.

Maka , atas hal yang sama , apabila Tun Mahathir dan PH menjemput duta duta dari EU yang mahu membatal kan minyak sawit dari Malaysia untuk bahan bio nya , maka tentu sudah ada rencana "advance".

Rencana memperalatkan musuh negara untuk membuat kerja kotor.

Harus di ingat salah serorang yang akan  bertanding untuk PPBM ada lah bekas pegawai "tertinggi" SPR.

Apa yang blog ini cuba sampaikan ada lah rencana membatalkan kemenangan BN dengan nanti muncul pegawai itu ini yang mengaku telah buat itu ini , untuk membatal kan kemenangan BN atau kemenangan kerusi tertentu.

Kemungkinan mereka mereka yang di sogok telah pun bersiap akan sesuatu.

Cuba fikir kan , "key in" 900 nama Fatimah kerja orang luar kah? kerja yang mendaftar kah?

Bukan ka ia kerja orang dalam?

Orang luar tiada access pada sistem pendaftaran.

Yang penting Tun M sudah membangkitkan nya "out of the blue".

Bermakna sangat lah hal ini telah di bincang kan sesama mereka.

Kami tidak munuduh, kami hanya mengandaikan macam macam boleh berlaku dengan pihak terdesak.

Kerajaan harus segera pantau dan pihak SPRM harus segera menyiasat.

Mempelawa anggota EU untuk memantau PRU14 ada lah kerja memperbodohkan wakil PH dan PPBM yang ada pada setiap pusat undi., bodoh kerana tidak tahu memerhatikan pengundian.

Selain dari itu ia hanya persepsi murah untuk , konon nya BN bermaksud untuk menipu.

Jika Najib tidak setuju dan tidak meluluskan anggota EU menjadi pemerhati , ia cukup untuk persepsi BN dam Najib mahu menipu.

Ketika PRU tidak di dakwa ada penipuan Pembangkang susah untuk menang , namun sebaik sahaja pembangkang menuduh PRU ada banyak penipuan , pembangkang menang 4 negeri.

Ingat , peristiwa "blackout" tidak pernah terjadi tetapi jutaan rakyat mempercayai nya. begitu juga dengan 40,000 Bangla , di mana ketika orang semua memerhatikan kulit gelap Bangla , pengundi dari satu puak pula mendapat undi yang sangat banyak. Begitu kita terpedaya.

Ingat juga, tiap kali ada PRK atau PRN , isu pengundi hantu pasti datang dari pihak pembangkang , namun apa bila mereka menang di kawasan yang di dakwa ada pengundi hantu , mereka tidak pernah memohon untuk di batal kan atau pengundian semula.

Itu lah mentaliti pembangkang dan itu lah juga mentaliti pengikut nya.












No comments:

Post a Comment