Sunday, 21 January 2018

Tanda Tanda Pakatan Harapan Sedang Tersepit Apabila Muncul Nya Video 1MDB


Beberapa hari lalu Tun Mahathir cuba menonjolkan diri nya sebagai tunggak utama dari Pakatan Harapan yang konon nya sedang berhadapan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tunjak Barisan Nasional.

Tujuan nya ada lah supaya tumpuan rakyat kepada DAP di kurangkan tambah lagi DAP dengan segala macam masalah penyelewengan skandal terowong Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng mengakibatkan parti itu tersepit dan terdedah kepada kritikan rakyat Pulau Pinang dan juga seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama Tun Mahathir amat tertekan dengan isu penolakan PKR Selangor terhadap pencalonan nya sebagai Perdanan Menteri sementara dari Pakatan Harapan.

Rata rata ahli PKR bawahan serta pihak pihak yang sekian lama menganggap Tun Mahathir sebagai musuh terasa di khianati oleh pemimpin atasan mereka.

Malah keujudan parti PKR itu sendiri ada lah atas sebab mahu melawan Tun Mahathir.

Maka atas sebab sebab ini , benar sekali pendapat yang menyatakan kepimpinan Pakatan Harapan sedang berada di dalam krisis.

Lim Kit Siang sedang sakit selepas pembedahan, Lim Guan Eng di landa skandal terowong dan penyelewengan wang rakyat dan Tun Mahathir sedang di tolak oleh ahli PKR Selangor.

Azmin Ali dengan tersebar skandal baru dan juga dilema antara Mahathir dan Anwar serta krisis bersama puak pro Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Maka atas sebab terlalu jelas kepimpinan PH di landa krisis dan masalah , maka tidak hairan lah apabila tiba tiba video berkenaan 1MDB di tularkan.

Ia sama dengan cara cara DAP sebelum ini , bila DAP atau Guan Eng tersepit maka muncul lah gambar Dyana Sofea dan Zairil Khir Johari sedang berduaan dan  berkeadaan intim.



Ia semata mata untuk kerja alihan ( diversion) dari isu besar yang melanda DAP.

Maka ,sebab itu juga lah tiba tiba tersebar nya video  basi yang ada watak Claire Brown editor dari Sarawak Report.

Umum telah mengetahui , apa apa hal atau kisah berkenaan 1MDB yang tersiar di luar negara  oleh media asing ada lah hasil kerja tangan Tun Mahathir dan kuncu nya.

Walau pun kali ini dari pihak media lain dan bukan Sarawak Report namun fakta Tun Mahathir di belakang nya tetap tidak di ragui.

Malaysia Today kerap kali mendakwa Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan namun Tun Mahathir "dismiss" semua dakwaan MT hanya dengan menyatakan editor Raja Petra Kamaruddin sebagai "kaki mabuk".

Semudah itu sahaja Tun Mahathir menafikan nya dan tidak perlu Tun Mahathir menjawap sedikit pun apa yang di dakwa MT dan RPK bahawa Tun Mahathir bermasalah membawa pulang "loot" nya dan memerlukan kuasa Perdana Menteri untuk menyelesaikan nya.

Selain itu RPK dan MT nya sering ulang dakwa bahawa Tun Mahathir lah sebenatr nya penyamun dan menyembunyi kan apa yang di samun di luar negara.

Kini yang amat jelas ada lah kegagalan Tun Mahathir untuk menarik perhatian rakyat kepada serangan nya terhadap Datuk Seri Najib , sebalik nya , Lim Guan Eng dan Tun Mahathir sendiri yang berkedudukan defensif dan mengalami "defisit kepercayaan" dari rakyat.

Tun Mahathir juga gagal mem"potray" kan diri nya pada tema PRU14 sebagai Mahathir vesus Najib , kerana umum sedia mengetahui , terutama nya umat Melayu Islam bahawa ia nya tetap DAP versus Najib dan bukan Mahathir versus Najib yang cuba di gambarkan.





1 comment:

  1. SIAPA yang tersepit sebenarnya............?????
    Semua orang tahu, video itu TIPUuuuuuuuuuu.
    HAHAHA

    ReplyDelete