Tuesday, 16 January 2018

Terlaksana Lah Perjanjian Projek RTS Antara Malaysia- Singapura. Mengurangkan Kesesakan Di Causeway


Pertemuan antara dua pemimpin negara Malaysia dan Singapura pada hari ini menandakan satu lagu mercu kejayaan di dalam Transformasi Pengangkutan Negara.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan kawan sejawatan nya Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menjadi saksi kepada acara menandatangan perjanjian Projek Rapid Transit Sistem hari ini.

Wakil negara Malaysia bagi menanda tangan perjanjian ini ada lah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan negara Singapura di wakili oleh dan Menteri Pengangkutan nya Kaw Boon Wan.

Apakah yang dapat di rumuskan berkenaan hal ini selain negara Malaysia mengorak langkah kehadapan di dalam menyediakan prasarana serta tambahan opsyen pengangkutan kepada rakyat nya.







Rel link ini di jangka akan siap pada tahun 2024 menghubungi bandar Johor Baru dan Woodlands Singapura. Lebih tepat lagi antara di pangkalan imigresen di Bukit Chagar dan Woodlands Utara.

Di anggarkan sekitar 10,000 penumpang akan menggunakan laluan RTS kedua arah dan kapasiti penumpang berganda jumlah nya pada waktu kemuncak.


Menurut CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Encik Mohd Azharuddin Mat Sah RTS mampu menampung pergerakan kira kira 10,000 pengguna setiap njam antara kedua dua negara.

Projek ini juga di jangka bermula pada tahun 2019 dan akan mul beoperasi pada tahun 2024 dan mampu mengurangkan kesesakan sempadan kedua negara dalam sekitar 15%.





Pasti sekali ini satu lagi pencapaian dalam industri pengangkutan awam sejajar dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi nya.





#spad







No comments:

Post a Comment