Tuesday, 6 February 2018

Industri Teksi Tidak Pernah Terpinggir - SPAD Perkenal kan Pembaharuan Yang Menyeluruh



Ramai juga dari kalangan pemandu teksi yang berasa diri mereka tersisih dan terpinggir dari arus kemodenan industri pengangkutan awam.

Akibat berpendirian sebegitu , ramai juga yang menjadi marah dan anti kerajaan.

Ini kerana mereka defisit pengetahuan dan maklumat apa yang sebenar sedang dilaksana kan oleh wakil kerajaan melalu agensi nya seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dengan tambahan ujud nya "opsyen" baru transportasi seperti servis E-Hailihg ia itu Uber dan Grabcar maka pemandu teksi tradisi menerima satu lagi cabaran dan saingan.

Maka apabila ujud servis baru yang memberi saingan kepada teksi biasa atau tradisi tentu sekali pemandu teksi tradisi terasa tergugat dan terpinggir.

Lebih menyakitkan hati pemandu teksi biasa ada lah mendapati E-hailing sebagai pesaing telah mendapat sambutan dari majoriti pelanggan.

Selain dari itu , mereka merasakan (pemandu teksi biasa) bahawa servis baru sebagai pesaing mereka tidak perlu bersusah payah melalui proses untuk membawa teksi seperti yang mereka lalui.

Namun , kehgelisahan pemandu teksi biasa tidak lama , kerana langkah langkah positif serta Pro aktif telah di ambil oleh SPAD bagi mengatasi kekecewaan pemandu teksi biasa.

Antara tindakan yang jelas di lakukan oleh SPAD ada lah seperti yang di senaraikan dibawah butiran bagi 11 program yang telah diluluskan oleh Kerajaan di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang akan dilaksanakan secara berperingkat:





Sila juga baca di bawah sebagai infomasi perkembangan dalam industri teksi.

SPAD MEMPERKENALKAN PEMBAHARUAN YANG MENYELURUH SERTA MAMPAN MELALUI PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI


Pada 10 Ogos 2016, Kabinet telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah dirangka oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi  memperkenalkan pembaharuan bagi mewujudkan persekitaran industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna. Program ini juga akan mendorong industri teksi Malaysia untuk terus berkembang dan menjadi lebih mampan serta responsif kepada kuasa pasaran.

TITP, yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya pada 16 Ogos, diperkenalkan bagi menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri ini berasaskan empat (4) prinsip utama, iaitu: memanfaatkan penggunaan teknologi, menggalakkan persaingan dan daya saing; mewujudkan medan persaingan yang adil (level playing field), dan saksama kepada pemandu teksi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang. Ini akan dilaksanakan melalui sebelas (11) program


Pelaksanaan TITP juga akan menyaksikan SPAD diberikan mandat oleh Kerajaan untuk memperkemaskan dan mengawal selia industri teksi melalui pengeluaran Kad Pemandu yang tunggal. SPAD dan JPJ akan memulakan perbincangan bagi menentukan langkah-langkah yang perlu diambil dan dijangka akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat. Peraturan juga akan dikenakan ke atas syarikat-syarikat dan pemandu e-hailing bagi memastikan keperluan-keperluan matlamat dasar seperti perlindungan insurans dan keselamatan dipatuhi.

Pada masa yang sama, SPAD akan menarik balik pembekuan pengeluaran lesen teksi individu bagi kelas teksi bermeter untuk membantu pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh model sewa pajak bagi memiliki lesen teksi individu sendiri. Di samping itu, geran sebanyak RM5000 juga disediakan bagi membantu pemandu yang layak untuk memiliki kereta baru.


Walaupun sudah tentu akan terdapat cabaran di dalam melaksanakan TITP bagi menangani persoalan-persoalan dinamik di dalam ekosistem teksi, SPAD percaya di dalam jangka masa panjang, pembaharuan yang bakal dijalankan akan mewujudkan persekitaran industri teksi yang berdaya maju dan mesra pengguna.
SPAD juga sedang bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha mengurangkan beban pengawalseliaan dan kos, di mana dibenarkan, bagi mewujudkan industri teksi yang lebih terbuka. Sebagai permulaan, pilihan model kenderaan akan dibuka bagi membolehkan pemandu teksi mendapatkan kereta pada harga yang lebih kompetitif.
#SPAD



No comments:

Post a Comment