Wednesday, 14 February 2018

":Jawap Sahaja Lima Soalan Tu Dengan Jujur" - Wee Ka Siong Cabar Guan Eng


Mngkin akibat mendapat tahu kedudukan Pakatan Harapan pada PRU14 tidak seperti di gembar gembur kan , maka Pakatan Harapan terpaksa melakukan tindakan terdesak membawa rombongan pemimpin mereka ke Amerika.

Tidak di ketahui apa tujuan nya , tetapi pasti sekali mahu membuat sesuatu apabila kalah nanti.

Sebelum ini , Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Mahathir telah pun menemui kumpulan kedutaan Eropah untuk berbincang sesuatu selain dari mahu pihak EU masuk campur dalam PRU14.

Pakatan Harapan , terutama nya DAP tahu betapa mereka tidak akan mengusai Putrajaya pada PRU14 , maka mereka terpaksa menyuruh sitro mereka serta portal portal pro PH bermain isu kemenangan untuk menyiapkan minda terkejut kepada penyokong apabila kalah nanti.

Maka elemen terkejut itu akan menjadi alasan bahawa ada penipuan telah berlaku.

Lalu kemudian nanti ada pihak pihak pro mereka atau pihak yang sudah di sogok mendakwa ada penipuan , kesilapan atau ketirisan untuk alasan membatal kan kemenangan Barisan Nasional.


Atas sebab itu mereka akan membawa kes ciptaan dan rekaan dengan bukti yang sudah di reka awal awal kepada pihak EU dan kini Amerika untuk campurtangan membatal kan pilihanraya dan kemenangan Barisan Nasional.

Ini semua sudah pun dapat kepada pengetahuan pihak Barisan Nasional.

Antara punca kekalahan selain pelbagai kezaliman di lakukan kepada rakyat Selangor dan Penang, ada lah isu terowong yang membabitkan Lim Guan Eng.

Rasuah banglo juga turut menjadi faktor kepada ketirisan kepercayaan masyarakat Cina.

Dalam siri serangan terhadap isu skandal terowong Lim Guan Eng oleh Datuk Wee Ka Siong , Datuk Wee menyatakan LGE tidak perlu bertanya bagaimana pihak nya (Datuk Wee) perolehi dokumen berkenaan hal terowong.

Saranan Datuk Wee , agar LGE terus menjawap sahaja pada lima persoalan yang di beri kerana apa yang di soal berkaitan maklumat tidak penting kerana maklumat serta dokumen semua nya tulin dan berfakta , tidak seperti dokumen Xavier Justo di mana pihak musuh 1MDB telah mengubah suai "doctored" dan "tempered"  dokumen itu.

Antara soalan lurus dari Datuk Wee ada lah sama ada SPV masih memenuhi syarat RM381 juta yang di kehendaki oleh kerajaan negeri.

Jika SPV yang memenangi tender itu ,ada kah mereka masih dapat kontrek itu apabila pemegang saham nya sudah di tukar? antara soalan yang di beri oleh Datuk Wee kepada LGE.

Soalan lain nya dari Datuk Wee kepada LGE ada lah sama ada Beijing Urban Construction Group (BUCG) telah menarik diri dari SPV  pada tahun 2015 dan hanya memegang 0.00571% dalam ekuiti setelah peristiwa kemalangan crane di sebuah projek lain?

Berapa kah jumlah bayaran yang telah di terima oleh BUCG dari bulan Oktober 2013  sehingga kini?

Ini semua ada lah antara lima soalan yang di ajukan oleh Datuk Wee kepada LGE.

LGE beberapa hari lalu mendakwa Datuk Wee telah tidak berkata benar pada soalan sebelum ini dan mengandaikan DWKS telah berbohong , namun masih tidak respon kepada soalan yang konon nya bohong.

Ini lah antara faktor yang menyebabkan DAP akan tewas , dan antara faktor kekalahan Pakatan Harapan.

Atas sebab sama juga lah PH mahu menggunakan pihak EU dan terkini Amerika untuk menghalang BN dari sambung kuasa.

Penyebaran konon nya akan menang ada lah palsu belaka untuk saiko kan penyokong PH.

PH Mengandaikan PRU14 sebagai paling kotor kepada rakyat ada lah persiapan minda untuk saikoloji konon nya kemenangan sudah di rampas kerana penipuan.

Itu lah Pembangkang , sentiasa spin dan putar.

Soalan berkenaan 1MDB telah di jawap banyak kali oleh pelbagai pihak tapi tetap di spin seolah olah belum pernah di jawap, malah anggota mereka juga berada dalam siasatan PAC.

Isu terowong kini jadi biawak hidup yang mengeheret seluruh Pakatan Harapan, itu sebab nya mereka bersedia mengguna kan negara luar untuk sabotaj pilihanraya.

Isu Terowong juga menyebab kan Tun Mahathir terlihat pembela rasuah DAP dan memperbodohkan Rafizi, kerana kedua mereka ini kelu dan jem otak untuk bercakap.









No comments:

Post a Comment