Monday, 5 February 2018

Selepas Datuk Wee Ka Siong , Datuk Liow Tiong Lai Pula Belasah Guan Eng Berkenaan Terowong.



Sebaik sahaja Datuk Wee Ka Siong mengasak Lim Guan Eng yang cuba berbohong berkenaan status syarikat kontraktor , Presiden MCA , Datuk Liow Tiong Lai pula "enter frame" untuk mendedahkan pembohongan dalam jawapan LGE kepada Datuk Wee Ka Siong.

Alang alang DAP dan Lim Guan Eng mahu membunuh kerjaya politik kedua kepimpinan tertinggi MCA  di kawasan yang mereka wakili ia itu di Parlimen Bentong dan Ayer Hitam, maka se elok nya pihak MCA "Up the ante" dengan serangan bersepadu.

Datuk Liow yang boleh di kata kan amat jarang bersikap sebegini nampak nya mula bertindak apabila Lim Guan Eng memperlekeh kan pertanyaan Datuk Wee Ka Siong dan mendakwa Datuk Wee sebagai  membuat "sindiran palsu".

Datuk Seri Liow dalam kenyataan nya mengesahkan bahawa China Railway Construction Corp (CRCC) bahawa syarikat ini tidak pernah pun menjadi "shareholder" didalam SPV yang telah di lantik untuk membina terowong sebagai dakwaan Lim Guan Eng.

Maka jelas sekali LGE telah memberi jawapan tidak  betul hanya untuk membidas pertanyaan Datuk Wee sebelum ini.

Bermakna syarikat CRCC tiada saham dalam syarikat SPV , Zenith Contruction S.Bhd , malah tidak juga terbabit secara lansung dengan kerajaan Pulau Pinang untuk projek terowong itu.

“CRCC tidak memberi kelulusan dan langsung tidak tahu kenapa kerajaan Pulau Pinang menganggap mereka sebagai pemegang saham SPV projek terowong-jalan Pulau Pinang,” dakwa Datuk Liow Tiong Lai.

Datuk Liow mendapat maklumat "first hand" ini sendiri dari pegawai tertinggi CRCC ketika berada di Beijing ketika menghadiri Persidangan Menteri menteri Asia Pasifik mengenai Penerbangan Awam.

Maka kini kemelut berkenaan isu terowong Pulau Pinang semakin hari semakin jelas banyak kepincangan nya.

Jawapan jawapan LGE bukan menyelesaikan persoalan ,malah menambah kan lagi kerumitan rakyat Pulau Pinang untuk memahami isu skandal ini.

Datuk Liow berkata, CRCC hanya menandatangani “pengiktirafan komitmen” sebagai lampiran kepada perjanjian awal projek itu. Mereka akan menyiapkan projek itu jika diberikan mana-mana bahagian projek oleh SPV, Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Maka kini kita faham lah bahawa kenapa Kempen Pakatan Harapan yang di terajui DAP "100 hari menjelang PRU14" memilih kerusi kerusi dan kawasan yang di menangi oleh Presiden MCA dan Timbalan nya.

Malah , pada awal nya DAP telah menyerahkan kerusi Ayer Hitam kepada PAN tetapi meminta semula untuk bertanding di situ, ini rupa nya ada lah mengatur semula strategi supaya mulut bising Datuk Wee Ka Siong yang menelanjangkan "auta" LGE dapat di bunuh dengan menumbang kan Datuk Wee di kawasan nya.

MCA juga melalui Presiden nya Datuk Seri Liow mahu masyarakat Cina kembali kepada landasan yang bbetul setelah di pesongkan oleh DAP sekian lama.

Liow berpesan , orang Cina jangan rasa bersalah untuk meminggirkan DAP , kerana orang Cina tidak berhutang apa apa pun dengan DAP.

Kini DAP amat tertekan berkenaan isu terowong , cubaan mengalihkan isu nyata gagal.

Malah masyarakat Cina sudah mula bercerita berkenaan Undi Rosak kerana kecewa dengan tindak tanduk kepimpinan DAP yang memeluk Tun Mahathir setelah sekian lama menyeru penyokong DAP membenci nya.

Video  berkaitan boleh di saksikan dinsini :-





#MCA








No comments:

Post a Comment