Saturday, 3 February 2018

Tertekan Dengan Serangan Wee Ka Siong , DAP Sasar Kerusi Ayer Hitam,



Serangan secara berhemah yang di lakukan oleh Datuk Wee Ka Siong terhadap Lim Guan Eng berkenaan skandal Terowong , mengakibatkan DAP Johor menukar strategi.

Pada awal nya Pakatan Harapan menyerahkan kerusi parlimen Ayer Hitam kepada Parti Amanah , namun akibat terkesan dengan serangan terhadap skandal penipuan terowong oleh Datuk Wee , di khabarkan DAP akan mengambil semula kerusi itu untuk wakil mereka bertanding.

Hal ini di sahkan oleh Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.



Konon konon nya penukaran calon ini di kata kan oleh Liew sebagai mengejutkan MCA dari lena.

Sedangkan umum mengetahui DAP amat dendam dengan Datuk Wee kerana pendedahan demi pendedahan oleh Datuk Wee berkenaan skandal terowong Penang.

Unik nya , cara Datuk Wee mempersoalkan isu terowong ada lah cara  berhemah dan penuh lojik.

Terbaru , Timbalan Presiden MCA ini telah mempersoalkan  berkenaan bagaimana  syarikat berusia 82 hari tiba tiba menjadi penerima projek terowong.

"The Penang government has awarded the RM6.34bil major roads and tunnel project to an "82-day-old" company, says Datuk Seri Dr Wee Ka Siong" begitu lah laporan akhbar The Star.

Lim Guan Eng yang kelihatan mati akal tidak kira ke arah mana dia berpaling , kerana soalan yang di bangkit kan oleh Datuk Wee ini bukan soalan kosong seperti soalan 1MDB yang hanya bertujuan membangkitkan kemarahan dan persepsi buruk , tetapi ada lah soalan berasas kan dokumen serta maklumat yang telah di perolehi dalam tangan.,

Semua pihak tahu DAP amat suka  bermain dengan saman dan guaman , maka nyata sekali jika apa yang di bangkitkan oleh Datuk Wee ini hanya persepsi, tentu sudah berlumba peguam peguam memihak kepada DAP akan datang menyaman Datuk Wee.

Sebelum isu syarikat berusia 82 hari di bangkitkan , Datuk Wee telah , melalui video membangkitkan hal syarikat fesyen pakaian sebagai pihak kontraktor yang akan membina terowong.

Isu yang di bangkitkan oleh Datuk Wee amat memalukan LGE dan DAP.

Malah Tun Mahathir juga terlihat bodoh dan tidak mampu membuat apa apa hatta, di percayai mengarahkan pihak nya menyebarkan video terbaru 1MDB (kisah 1MDB tanpa bukti) untuk mengalihkan isu namun gagal mendapat perhaian.

Kenyataan Datuk Wee :

"The MCA deputy president said this was contrary to the state government's claim previously that the special purpose vehicle (SPV) has a paid-up capital of RM4.5bil"

Dalam ertikata lain , hal syarikat berusia 82 hari telah mendapat tawaran kerja ini berlawanan dengan kenyataan kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa SPV ada sejumlah RM4.5 billion paid up kapital nya.

Jelas sekali kerajaan negeri telah memberi gambaran salah kepada pemegang saham syarikat terowong kerana CRCC dan Beijing Urban Constructio Group ( BUCG) tidak pernah atau bukan lagi pemegang saham, itu dakwaan Datuk Wee.

"Apakah rasional nya menyerahkan projek kepada syarikat baru yang tiada track record?" ujar Wee.

Sehingga topik ini di tulis LGE masih belum memberi respon lagi dan di percayai tidak akan respon kerana sememang nya nyata sekali LGE terperangkap dalam penipuan nya sendiri.

Maka tidak hairan lah DAP menukar posisi di Johor , dengan mahu meletak kan calon di Ayer Hitam di mana sebelum ini kerusi ini telah di serah kan kepada salah satu komponen Pakatan Harapan yang lain.

Pada "kempen 100 hari menjelang PRU" DAP dn Pakatan Harapan telah memastikan dua kawasan ia itu Bentong dan Ayer Hitam berada di dalam radar mereka sebagai sasaran.

DAP berharap dapat menumbangkan dua pemimpin tertinggi MCA ia itu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong di kawasan mereka kerana berharap dengan cara ini dapat menutup mulut MCA dalam membongkar kepincangan DAP dan Lim Guan Eng.

Cuma DAP terlupa , kedua tokoh MCA ini pernah menolak jawatan kerajaan kerana MCA tidak cemerlang pada PRU 12 dan 13.

Jawatan tidak penting pun, berbakti kepada masyarakat dan rakyat ada lah keutamaan , dan memberi tahu masyarakat Cina bahawa DAP dan LGE telah menipu ada lah tanggung jawap , ada aau tanpa jawatan , skandal terowong tetap akan di dedahkan.



#MCA

No comments:

Post a Comment