Friday, 2 March 2018

Dua Penggal, Orang Cina Bagi DAP Undi , Hasil Pulangan Nya Kosong- Tiong Lai



"Selama dua penggal , sebanyak 38 kerusi Parlimen , 96 Kerusi DUN , DAP di beri kepercayaan oleh masyarakat Cina , tapi  hasil nya kosong tiada sumbanang pun Dari DAP" - Tiong Lai (Presiden MCA)


Amat benar sekali kenyataan yang di atas yang di buat oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai baru baru ini .

Selain tiada pulangan berbentuk jasa bakti atau hasil kerja , DAP hanya bermaian dengan isu dan skandal untuk mengabui mata masyarakat Cina.

Cukup lah kali ini, pada PRU14 , Datuk Liow mengandaikan bahawa masyarakat Cina akan sedar saambil menyatakan bahawa masyarakat Cina amat "praktikal" dan  boleh berfikir.

Selama dua penggal orang Cina telah memberi DAP kepercayaan namun kepercayaan itu di ambil kesempatan oleh DAP.

Mereka tidak menabur bakti setelah di pilih , sebalik nya menabur fitnah untuk mengalihkan perhatian masyarakat Cina dengan isu dan skandal pihak lawan.

"MCA sebenar nya lah yang mewakili masyarakat Cina dalam negara Malaysia , tidak kira lah sama ada MCA menang banyak undi atau mendapat sedikit undi" ujar Liow.

Sama ada banyak kerusi atau sedikit , MCA tetap menjalankan peranan bersuara bagi pihak masyarakat Cina.

"MCA bekerja rapat bersama UMNO dan parti lain dalam Barisan Nasional untuk kesatuan dan progres dalam negara ini" Liow

"Saya menyeru masyarakat Cina supaya memberi sokongan kepada MCA untuk MCA menjadi lebih kuat dan boleh menghadapi pilihanraya dengan lebih yakin"

"Jika kamu tanya saya bagaimana saya boleh mendapat undi masyarakat Cina maka saya ingin memberitahu bahawa masyarakat Cina sangat praktikal dan amat jelas waktu ini setelah orang Cina memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN kali ini amat jelas mereka melihat DAP gagal memberi khidmat bakti" kata Liow.

Kenyataan Liow ini bukan kosong , apa yang DAP  beri ada lah rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang dan skandal terowong dan wang kajian RM300 juta yang lesap begitu sahaja.

Selain itu dengan bekerjasama dengan UMNO , MCA telah berjaya memperkasa kan sekolah kebangsaan Cina serta membantu dari segi kewangan dan juga infrasturktur.

MCA juga ada lah "jaguh" membela kampung baru Cina dengan memohon pelbagai kemudahan dari kerajaan BN.

Kenyataan Datuk Liow boleh di dengar di sini "-




Maka tiada sebab kali ini masyarakat Cina tidak mengundi MCA setelah melihat sendiri hasil kerja MCA dengan jelas dan DAP hanya mampu menghidang kan skandal rasuah dan isu terowong sambil hanya mampu  bercerita berkenaan skandal BN seperti 1MDB dan GST tanpa memberi apa apa sumbangan pun malah di negeri yang mereka kuasai.

No comments:

Post a Comment