Tuesday, 27 March 2018

Gabungan GRAB Dan UBER Tidak Ubah Pendirian SPAD Dalam Kawal Selia




Mungkin ramai yang sudah membaca atau mengetahui berita berkenaan dua syarikat servis E-haiing ia itu Grab dan Uber di mana mereka telah bergabung menjadi satu entiti.
Jika di lakukan carian pada google , mungkin pembaca akan dapat melihat tajuk seperti ini :-

'Uber to sell south-east Asia business to competitor Grab'

US ride-hailing firm will take 27.5% stake in Asia-based Grab and its CEO will join Grab’s board

Sebelum hal ini, Suruhanjaya Pegagkutan Awam Darat telah memmaklumkan bahawa kedua servis  E-Hailing Grab dan Uber akan beroperasi di bawah akta yang sudah di luluskan oleh Parlimen melalui pegumuman yang di buat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkenaan akta yang membabitkan kedua servis ini. 

Boleh di baca di sini- 


Akta Baru Perkhidmatan Uber dan Grab Di Gazetkan Pada Suku Kedua Tahun Ini - SPAD

http://thechulan.blogspot.my/2018/03/akta-baru-perkhidmatan-uber-dan-grab-di.html
Rentetan dari hal ini , SPAD sebagai badan yang megawal selia urusan pengangkutan ini telah mengeluarkan keyataan bahawa sebarang pendirian dan akta serta yang berkaitan servis ini tidak berubah.
Malah SPAD akan terus memantau dan menyelia urusan teksi E-hailing ini seperti biasa.
Ini atas dasar mahu mementingkan dan mengutama kan hak Pengguna tidak terjejas atau di kompromi.
Pembaca boleh membaca sendiri kenyataan SPAD seperti lampiran di bawah ini :-

Selasa, 27 Mac 2018
KENYATAAN MEDIA
HAK PENGGUNA DAN PEMANDU TETAP MENJADI KEUTAMAAN BAGI SPAD
KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara.
Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.
Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil.
Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi konvensional.

No comments:

Post a Comment