Sunday, 11 March 2018

Servis MyBas Ipoh Di Susun Semula -SPAD



Dalam satu kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti kaai lampirkan di bawah , laluan MyBas akan di susun semula dan di jadulankan kembali untuk tambahbaik kan perkhidmatan nya.

Servis MyBas Ipoh yang di lancarkan pada tahun 2016 kini menerima penambahkan baik setelah banyak kajian dan maklumat pengguna di perolehi.

Ini ada lah hasil Transformasi Pengangkutan Awam Darat  di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti Henti (SBST)



Seperti lazim nya apa apa perkhidmatan atau servis baru pengangkutan awam yang di tawarkan akan sentiasa di pantau oleh SPAD dan "feedback" berkenaan nya akan di kumpul untuk dijadikan panduan melihat kelemahan atau pun mencari ruang untuk "improvement" pada servis itu sendiri.

Maka , setelah mengkaji serta membuat survey , terhasil lah jaringan liputan laluan bas yang menjangkaui lebih jauh dan kerap serta melihat di mana lebih ramai pengguna untuk dapat di tawarkan perkhidmatan MyBas Ipoh ini.

Bermakna pada MyBas Ipoh ini , ia akan beroperasi sepenuh nya pada 15 Mac 2018.

Di bawah di paparkan kenyataan Media SPAD serta penjadualan semula dan juga laluan yang di susun semula untuk perhatian orang ramai.



PENYUSUNAN SEMULA LALUAN MYBAS IPOH BAKAL MENYEDIAKAN LIPUTAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK
IPOH, 9 MAC 2018 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan penyusunan semula rangkaian laluan myBAS Ipoh bagi meningkatkan liputan perkhidmatan di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Mac 2018.
Penyusunan semula laluan myBAS Ipoh ini akan menawarkan jaringan liputan yang lebih menyeluruh iaitu merentasi 16 laluan yang merangkumi jarak keseluruhan 367 km, berbanding 19 laluan yang sedia ada yang merangkumi jarak 314 km. Kesemua laluan ini akan dihubungkan kepada dua (2) terminal utama iaitu Terminal Medan Kidd dan Terminal Amanjaya.
Penambahbaikan rangkaian ini turut melibatkan sebelas (11) laluan utama dan lima (5) laluan pengantara. Penyusunan semula ini juga menyaksikan beberapa laluan yang digabungkan dan dipanjangkan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap berasaskan jumlah penumpang di setiap kawasan. Perubahan ini dijangka akan memberi lebih manfaat dan kemudahan kepada seluruh warga Ipoh.
Berikut disertakan butiran perubahan laluan myBAS Ipoh:
No. Bas
Laluan
Maklumat Operasi
T30a
Stesen Medan Kidd - Terminal Amanjaya
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 6:00pg – 9:00ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit
T30b
Stesen Medan Kidd-Terminal Aman Jaya-Chemor
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–9.30ptg
Sabtu & Ahad: 6:30pg – 9:30ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit
T31a
Stesen Bas Medan Kidd - Tasek - Chemor
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:10pg–8.10ptg
Sabtu & Ahad: 6:10pg – 8:10ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit
T31b
Stesen Bas Medan Kidd - Tasek - Chemor via Jalan Tun Razak
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 7:10pg–9.10ptg
Sabtu & Ahad: 7:10pg – 9:10ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit
T32
Stesen Bas Medan Kidd - Tanjong Rambutan via Bercham
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:05pg–9.05ptg
Sabtu & Ahad: 6:05pg – 9:05ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit
T33a
Stesen Bas Medan Kidd - Tanjong Rambutan - Chemor
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:40pg–7.40ptg
Sabtu & Ahad: 5:40pg – 7:40ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit
T33b
Stesen Bas Medan Kidd - Tanjong Rambutan
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 7:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 7:00pg – 9:00ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit
T34
Stesen Bas Medan Kidd - Stesen Bas Medan Gopeng
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:15pg–9.15ptg
Sabtu & Ahad: 6:15pg – 9:15ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 30 minit
Bukan puncak- 60 minit
T35
Stesen Bas Medan Kidd - Paser Puteh - Pengkalan Sentosa
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:55pg–9.55ptg
Sabtu & Ahad: 5:55pg – 9:55ptg
Kekerapan:
Waktu puncak – 30 minit
Bukan puncak- 60 minit
T36
Stesen Bas Medan Kidd - Batu Gajah - Sri Iskandar
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 6:00pg – 8:00ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 30 minit
Bukan puncak- 60 minit
T37
Stesen Bas Medan Kidd - LTSAS - Taman Botani
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:40pg–7.00ptg
Sabtu & Ahad: 5:40pg – 7:00ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit
F100
Feeder Town Ipoh
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:30pg–8.10ptg
Sabtu & Ahad: 6:30pg – 8:10ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 20 minit
Bukan puncak- 20 minit
F101a
Stesen Bas Medan Kidd - Bercham via Taman Ipoh - Stesen Bas Medan Kidd
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:00pg–8.00ptg
Sabtu & Ahad: 6:00pg – 8:00ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit
F101b
Stesen Bas Medan Kidd - Bercham via JPJ - Stesen Bas Medan Kidd
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 7:00pg–9.00ptg
Sabtu & Ahad: 7:00pg – 9:00ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 120 minit
Bukan puncak- 120 minit
F102
Stesen Bas Medan Kidd - Manjoi - Buntong - Stesen Bas Medan Kidd
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 6:05pg–8.05ptg
Sabtu & Ahad: 6:05pg – 8:05ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit
F103
Stesen Bas Medan Kidd - Tmn Cempaka - Ampang - Stesen Bas Medan Kidd
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 5:55pg–7.55ptg
Sabtu & Ahad: 5:55pg – 7:55ptg
Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 60 minit
Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan myBAS Ipoh orang ramai boleh menghubungi pengendali Perak Transit (peraktransit.com.my) di talian 05-545 5318 atau emel kepada enquiry@peraktransit.com.my atau layari laman Facebook www.facebook.com/PerakTransit/.




No comments:

Post a Comment