Wednesday, 28 March 2018

Tan Sri Annuar Musa Bidas Kuda Tua Yang "Sudah Luput" Muncul Waktu Pilihanraya




Agak nya lambang kedudukan desperado pihak Tun Mahathir mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak boleh di lihat dari siapa yang dia perguna kan sebagai alat nya untuk bercakap bagi menyerang kepimpinan Najib.

Jika sebelum ini , pihak Tun Mahathir pernah mengguna kan para artis , mungkin cara itu sudah tidak menjadi , maka kini pihak Tun Mahathir mempergunakan kuda kuda tua peliharaan dari era nya pula untuk bercakap.


Benar lah kata orang , jika sedang lemas hendak tenggelam , taik lalu depan mata pun akan cuba di capai untuk selamatkan diri.

Baru baru ini , bekas menteri kabinet di zaman Tun Mahathir yang terkenal dengan "bakar jambatan" ketika krisis kepimpinan di zaman pergeseran  antara Tengku Razaleigh dan Tun Mahathir mula bersuara dan mengktitik kerajaan.

Beliau ini bersuara seolah olah Najib Razak telah melakukan satu dosa besar.

Kritikan Datuk Rais Yatim pula muncul setelah seorang lagi bekas menteri kabinet yang penuh kontroversial di zaman dia menjadi menteri MITI ia itu Tan Sri Rafidah Aziz  juga sama membuat kecaman kepada kepimpinan Datuk Seri Najib.

Apa pun hendak di kritik atau kecam ada lah hak mereka bercakap. Namun "timming" mereka muncul seolah olah ada udang di sebalik batu.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berpendapat bahawa kemunculan "kuda kuda Tua" pro Mahathir ini ada lah  satu perkara yang tidak adil dan ada berkemungkinan juga mempunyai perancangan dan niat tertentu.

Komen komen mereka , jelas TS Annuar “ianya satu kes “salah tafsir” dan khilaf perundangan. Kita tidak dapat mengelak daripada membuat telahan dan pertanyaan.


“Apakah Rais, 75 tahun dan Rafidah, 74, juga turut mengidap “sindrom pasca persaraan “ akibat setelah sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan suatu masa dulu dan kini terasa perlu menarik perhatian kepada pendapatnya,” 

Umum tahu betapa Tun Mahathir telah tewas dari segala sudut kepada DS Najib dan kini akibat dari tewas nya terpaksa melutut kepada pihak yang dia hina dan caci selama 22 tahun memerintah.

Tun Mahathir terpaksa menjilat orang yang di dakwa nya hendak duduk dekat pun tak berani sebab meliwat dan melancapkan mangsa nya.

Selain tewas dalam percaturan politik, Tun Mahathir juga tewas dalam pencapaian hasil kerja berbanding dengan pencapaian Datuk Seri Najib , hatta terpaksa memfitnah nya.

Najib mencapai kejayaan walaupun di ganggu dan di sabotaj pentadbiran nya oleh Tun Mahathir yang penuh dendam dan geram.

TS Annuar juga berpendapat Datuk Rais Yatim dan TS Rafidah sebagai masih lagi terikat dengan sikap "idol worship" terhadap bekas ketua mereka.

Memang benar sangat dakwaan TS Annuar  bahawa berkemungkinan ada niat tertentu dan motif yang tersirat di belakang "kepura puraan" mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib.

Ada kah Datuk Rais geram kerana terlalu sangat mahukan jawatan yang kini di sandang oleh orang lain?

Serangan hampir serentak ini berkemungkinan , dakwa TS Annuar untuk menunjuk kan bahawa ada perancanaan "Media Blitz" yang membawa persepsi negatif terhadap Datuk Seri Najib.


Konon konon banyak pihak sudah tidak puas hati dan termasuk gang gang kuda tua yang pernah menjadi pemimpin kerajaan.

Kedua bekas pemimpin yang pernah membawa masalah kepada UMNO dengan seorang berslogan "membakar jambatan" tidak akan bersama Mahathir ketika itu dan Semangat 46 nya, dan seorang lagi menyusah kan ahli UMNO bawahan menjawap isu AP nya kepada pembangkang yang mendakwa ada berbau "favoritism" dan "kronisma" dalam pemberian AP seharus nya duduk diam.

Tidak syak lagi mereka mereka ini mempunyai "ulterior motives" dan beragenda bersama bekas Perdana Menteri yang sangat terdesak hendak melepaskan kepentingan peribadi nya sambil berselindung sebalik isu rekaan nya 1MDB.

"Ini strategi lapuk dan sudah dapat di baca" jelas TS Annuar pada cubaan dua kuda tua Tun Mahathir.

"Sudah lah tidak jujur , tiada locus standi dan malah lebih teruk mereka ini berstatus "sudah luput" lalu kenyataan mereka tiada wibawa" Jelas TS Annuar.

Benar juga dakwa pihak tertentu, Tun Mahathir amat gemar menunggang 'kuda" dan kuda yang Tun Mahathir suka tunggang ada dua jenis.

Satu yang jenis yang makan "lobak" dan satu lagi yang kita sedang bincangkan di topik ini.


















2 comments:

  1. INI JAWAPAN RAIS YATIM.
    Kalau kamu anak jantan, siarkan surat ini, otherwise kamu PONDAN TUA.

    Wednesday, March 28, 2018
    Surat Terbuka Rais Yatim Buat Annuar Musa

    Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa boleh tahan menyebat saya dan Tan Sri Rafidah Aziz kelmarin. Beliau gambarkan seolah-olah kami sudah hilang kelayakan bersuara.
    Macamlah dua orang yang berusia 74 dan 75 tahun ini tak layak lagi memberi pandangan atau bercanggah pendapat dengan arus utama Umno dan kerajaan.
    Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran negara kita? Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga Umno yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam.
    Hak bersuara dan menegur ada pada semua orang. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjaminnya. Apa gunanya Umno yang berslogan bersatu bersetia berkhidmat? Apa erti mendalam Fasal 3 Perlembagaan Umno? Jangan-jangan Annuar sudah lupa?
    Memang senang tuduh kami sudah lost touchdengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan lost touch itu agaknya ialah “kaki dah tak cecah bumi”. Ku semangat! Sebenarnya para pemimpin kitalah yang “kaki dah tak cecah bumi”. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting.
    Agaknya Annuar lupa – saya memang terdaftar semenjak dulu-dulu lagi sebagai orang yang menegur dan tak kecil hati kalau saya ditegur atau dihempas-pulas. Sebenarnya semua hal yang dibangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada PM dan TPM melalui saluran hormat, iaitu:

    Kenapa Jho Low harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.
    Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.
    Rang Undang-undang Anti Berita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!
    Keutamaan Keutuhan Undang-undang wajib dipertahankan
    Budaya tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.
    Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya.

    Amalan dan budaya tegur-menegur dalam dan di luar parti wajib. Jika tidak Fasal 3 Perlembagaan Umno akan jadi surat khbar lama yang mungkin hanya jadi kertas bungkus barangan di kedai runcit.
    Sindiran “si-anu si-anu dah tua” tak payah diulang-ulang. Belum tahu siapa jatuh dulu –“ entah pucuk entah pelepah daun”. Itu kerja Tuhan, bukan kerja ketua penerangan Umno.
    (Petikan dari blog Celah Gelegar)
    -------------------------------------------------

    Mari kita bahaskan bersama petanda-petanda UMNO Najib dah tak dapat sokongan majoriti dari golongan Melayu, baik di bandar maupun di kampung2, apatah lagi di kawasan2 Felda.

    Sekian dan Salam Hormat & Salam Perjuangan.

    ReplyDelete

  2. Friday, March 30, 2018
    Perkongsian pendapat Tan Sri Rafidah Aziz

    “JAWAPAN KAPADA ANWAR MUSA
    Bismillahhirrahmanirrahim..

    Negara ini nampaknya sudah hendak di JAHANAM KAN kedudukannya, semangatnya dan Maruah nya, olih mereka yang mengidap apa yang saya anggap sebagai ‘POLITICAL MYOPIA’ atau ‘RABUN POLITIK’

    DUNIA nampak SELURUH BADAN Burung2 Unta / Ostritch yang bogel TERDEDAH...siap dengan najis , ulat2 dan kekotoran.
    TETAPI kepala2 Burung Unta TERSOROK didalam Pasir..Tak nampak..tak dengar, maka ‘Tak Tahu’

    JANGAN SEKALI2 di soal ‘locus standi’ saya untuk bercakap, mengulas dan memberi pendapat. Sebagai seorang WARGA MALAYSIA yang sanggup berkorban nyawa untuk Tanah tempat tumpah darah saya..SAYA BERHAK BERCAKAP...tentang APA yang BENAR..Apa yang melibatkan NEGARA saya.

    Saya akan terus bercakap, BILA PERLU DAN WAJAR, sehingga ke akhir hayat .
    Siapa yang makan cili terasalah pedasnya.

    Untuk MAKLUMAN SEMUA, SAYA, Rafidah Aziz,
    - Tidak perlu ADA kumpulan ‘Comms’
    - Tidak perlu ADA KOMPLOT2 hendak buat ‘Perancangan’
    ⁃ Tidak perlu MENYOKONG MANA2 INDIVIDU atau PIHAK

    Saya hanya menyokong KEBENARAN dan menyokong apa YANG TERBAIK UNTUK NEGARA.

    Saya gunakan FIKIRAN saya untuk membuat penilaian dan pertimbangan tentang SIAPA yang berusaha UNTUK RAKYAT dan NEGARA.

    Saya tidak pandang UMUR seseorang. Saya menang bertanding Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1975 pada umur 31 tahun.

    Allahyarham TUN RAZAK (Bapa Najib) Presiden dan PM. Masa itu Najib BARU setahun layak mengundi. Entah dimana dia pun. Di London?

    Saya dalam Politik selama 52 tahun.
    Dalam Parlimen, termasuk Senate, selama 39 tahun
    Dalam Kerajaan pula selama 32 tahun

    GELI SUNGGUH hati saya mendengar orang2 tertentu menganggap saya dan rakan sebaya ‘hendak jawatan’ dan meroyan kononnye.
    Memetik ‘Bahasa PM’, ‘MEROYAN kepala bapak mereka?’
    Maaflah kalau ada " copyright isitilah bahasa PM tersebut.

    SAYA anggap JAWATAN dan PERANAN SAYA sebagai WARGA Malaysia yang BERTANGGONGJAWAB dan BERPEGANG TEGUH kepada kebenaran sudah CUKUP PENTING.

    UMUR - ALLAH SWT PENENTUnya. JANGAN kita pula mendahuluiNYA .

    Ingat bahawa semua yang muda AKAN TUA InsyaAllah.
    Belum tahu APA nasib seseorang bila sampai umur 40, 50, 60, 70..apatah lagi 90han.
    Jangan bongkak kerana kita ‘muda’.

    Bagi saya..MEMFITNAH, MENYOKONG YANG SALAH, MENGIAKAN YANG TIDAK BETUL adalah berdosa kapada mereka yang teraniaya olih perbuatan2 itu. TIDAK KIRA SIAPA YANG MELAKUKAN

    TIDAK ada UNDANG2 manusia yang bolih mengatasi UNDANG2 TUHAN YANG MAHA BERKUASA.

    TUHAN YANG MAHA ESA sahaja yang bolih mencabut NYAWA KITA , BILA2 MASA.
    Apatah lagi, MENCABUT JAWATAN, KUASA dan HARTA yang TIDAK BOLIH dibawa mati.

    Sumpah Jawatan bermula dengan lafaz,
    WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI .
    Baik pun dalam Parti atau dalam Kerajaan.
    Saya dididik dan di ajar olih Ayah dan Emak saya supaya JANGAN SEKALI KALI MELANGGAR SUMPAH ITU.

    BURUK PADAH NYA.

    Hentikan lah berdebat peribadi.

    LIHATLAH MASAALAH2 DI DEPAN MATA..YANG SATU DUNIA TAHU DENGAN FAKTA DAN BUKTI.

    Ada yang terlalu Taksub menyokong dan menidakkan, sehingga sudah dianggap sebagai SEOLAH2 kepala2 Burung Unta sudah terbenam, BUKAN LAGI dalam pasir TETAPI dalam SIMEN dan KONKRIT sehingga tidak lagi mampu di angkat keluar untuk MELIHAT dan MENDENGAR APA YANG SEBENAR DI SEKELILING.

    Saya AKAN pergi.. entah esok lusa.

    TETAPI NEGARA SAYA TERCINTA, akan saya terus membela.
    TIADA MANA pihak2 dengan mata pena on-line, cara gertak2, undang2 yang supresif atau dengan apa jua cara, akan menjejaskan pendirian dan Prinsip2 saya.

    YANG BENAR TETAP BENAR.
    SAYA BERSERAH KAPADA ALLAH swt..TUHAN YANG BERKUASA ATAS SEGALA MAKHLOKNYA.

    YA ALLAH..HAMBA MU ini SUJUD MEMOHON.
    TEGAKKANLAN KEBENARAN.
    SELAMATKANLAH NEGARA HAMBA MU INI.
    SERTA RAKYAT NYA.

    AMIN”

    ReplyDelete