Monday, 2 April 2018

Bukan Rasmi UMNO Guna Fitnah Dan Tidak Akan Ikut Rentak Pembangkang Kata TS Annuar Musa




UMNO dan Barisan Nasional ada cara tersendiri menghadapi rakyat.

UMNO dan Barisan Nasional boleh menghadapi rakyat dengan menceritakan pencapaian nya selama memerintah.

UMNO dan BN tidak perlu menggunakan cara kempen pembangkang yang sangat perlu kan kisah "fitnah" dan "fake News" , ini kerana pembangkang / PH tiada pencapaian yang hendak di sampaikan kepada rakyat.

Rakyat boleh lihat sendiri bagaimana Tun Mahathir terpaksa bercerita berkenaan Najib dan memfitnah nya kerana Tun Mahathir tidak boleh cerita kepada rakyat apa yang Azmin Ali dan Lim Guan Eng sudah laksana kan untuk rakyat sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa sangat tepat dalam memberi pendapat berkenaan Pakatan Harapan.

"Kita sudah tahu cara permainan pembangkang dengan mengguna kan media antarabangsa dan institut asing dalam hal memanipulasi pelbagai isu seperti 1MDB dan GST untuk menarik perhatian" kata TS Annuar.




Baru baru ini Tun Mahathir bercakap bagi pihak PH bahawa benar PH menggunakan media asing untuk memburuk kan negara , konon nya media dalam negara tidak mahu membawa isu nya.

Sebenar nya Mahathir berbohong kerana dalam negara banyak portal dan blog yang sanggup buat kerja "kotor" ini , bahkan blog milik Tun Mahathir pun tidak pernah lekang dari memfitnah berkenaan wang konon nya di samun tetapi tidak sekali pun menunjuk kan bukti.

"PH cuba mengumpan UMNO dengan isu sensitif untuk memecahbelah kan undi orang Melayu dan mahu rampas kuasa dengan perguna kan berita palsu (Fake News)" jelas TS Annuar Musa.

Namun usaha ini tidak menjadi, kerana UMNO lebih matang.

Sebenar nya cara ini semua hanya sebahagian dari rencana 'Malaysian Malaysia" oleh DAP sahaja kata Ketua Penerangan UMNO itu.

Pada tahun lalu TS Annuar ada menyatakan bahawa UMNO/BN tidak perlu menggunakan kaedah fitnah dan kempen jijik pembangkang kerana UMNO/BN ada track record kerja yang baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib , misal nya boleh bercerita kepada rakyat apa yang telah di laksana kan dan apa yang sedang dalam proses , seperti perumahan rakyat dan pembinaan pelbagai skim rumah mampu milik untuk rakyat.

Sebalik nya , kerana rekod buruk Azmin dan Lim Guan Eng sebagai ketua dua negeri PH , maka PH tidak dapat menjelaskan kebaikan mereka.

Selain membina rumah kos mewah dan menaik kan pelbagai cukai , tanah , pintu dan katil , kerajaan dua negeri PH juga terkenal sebagai kerajaan yang mewakili pemaju dan bukan mewakili rakyat.

Paling terkenal perilaku kedua negeri ada lah hal tanah.

Mereka perampas tanah seperti di Pulau Pinang dan Ijok serta Datum Jelatek di Selangor.

Modal untuk mengalihkan perhatian rakyat ada lah dengan mengulangi dan menaikan isu lapuk dan basi 1MDB dan membohong rakyat dengan mahu menghapuska GST.

Selain itu ,DAP amat memahami politik orang Melayu yang suka berpuak puak dan DAP ambil kesempatan dengan hal ini dan menyucuk jarum Malaysian Malaysia nya. Kata Ketua Penerangan UMNO.

Ini lah yang sedang terjadi di kala ini, rakyat terutama nya orang muda agar berhati hati , sekali tersilap buruk padah nya, kata TS Annuar.


#YP

No comments:

Post a Comment