Friday, 20 April 2018

DAP Sudah Ada Dua Jawatan Menteri , Bukti Kenyataan TS Annuar Musa "DAP Call The Shot"




Sebaik sahaja Lim Guan Eng mengumumkan jawatan Menteri untuk Nga Kor Ming maka satu perkara menjadi kenyataan , ia itu DAP dan Lim Guan Eng tidak perlu bertanya kepada sesiapa atau berunding dengan sesiapa di dalam Pakatan Harapan.

Seperti kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa , 'DAP Call The Shot".

Benar sekali , DAP lah taiko dalam Pakatan Harapan , Bukan Tun Mahathir , bukan Wan Azizah.

Seperti di andaikan , hubungan sesama komponen dalam block Pakatan Harapan ada lah hubungan umpama "hamba dan tuan".



Semua yang lain ada lah hamba dan DAP ada lah Tuan.

Tun Mahathir baru di acah dan di umpan sebagai calon Perdana Menteri dan menjadi alat menipu orang Melayu untuk menarik mereka mengundi PH yang di kuasai DAP, belum tentu pun menjadi Perdana Menteri, tetapi DAP melalui Lim Guan Eng sudah pastikan siapa menjadi calon menteri nya.

Bukan sahaja Nga Kor Ming sebagai Pengerusi DAP Perak akan di lantik menjadi Menteri , tetapi Pengerusi DAP Johor  , Liew Chin Tong juga akan di lantik menjadi Menteri , kata Lim Guan Eng.

Liew Chin Tong di tugaskan menamatkan kerjaya politik Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong , sementara Nga Kor Ming di tugaskan untuk mematikan kerjaya Politik Presiden Gerakan , Mah Siew Kong di Teluk Intan , Perak.

Itu lah taraf Lim Guan Eng. lebih Tinggi dari Tun Mahathir dan Dr Wan Azizah.

Tun Mahathir yang kuat berceloteh dan mengaku Top Dog pun tidak berani umum nama siapa siapa boleh jadi menteri.

Sebagai PM boneka sememang nya begitu.

Tugas dan ganjaran untuk PM boneka ada lah buat apa yang perlu dalam masa singkat jadi Perdana Menteri "sementara" dan kemudian harus angkat kaki untuk beri laluan kepada DAP mengambil alih.

Itu pun jika tiada tipu muslihat berlaku.

Buat Masa ini , DAP sembunyikan bendera Roket nya kerana khuathir orang Melayu menyisihkan Pakatan Harapan kerana agenda anti Islam dan anti-Melayu nya.

DAP menonjolkan gandingan palsu Tun Mahathir dan Anwar pada mana mana tempat yang perlu.

Pakatan Harapan mahu paparkan imej perang antara dua tokoh melayu berlaga sama sendiri.

Maka itu lah sebab nya PH memasarkan gambar Tun Mahathir bersebelahan Anwar Ibrahim.

Ini sejajar dengan hasrat DAP , Melayu skru melayu.

Keadaan sebenar nya tidak begitu , hakikat nya ada lah Kerajaan pimpinan parti Melayu sedang berlawan komponen di pimpin oleh parti berpaksi Cina DAP.

Imej parti DAP sebagai ketua komponen PH tidak akan memberi kebaikan kepada DAP, menyedari Melayu masih keal siapa itu DAP.

Maka atas sebab itu DAP perlu sembunyikan bendera Roket nya dari menonjolkan diri sebagai "boss" dalam Pakatan Harapan.

Rakyat , terutama nya orang Melayu harus buka mata dengan permainan licik DAP dan alat nya Tun Mahathir.

Ini lah bukti nya DAP "call the shot" seperti kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa DAP tidak perlu jadi Perdana Menteri tetapi mengusai kerajaan PH dan tentu kan siapa menteri dan siapa bukan

Kenyataan Ketua Peneangan UMNO boleh di lihat di sini"









1 comment:

  1. Melayu...laa...x sedar2 lagi...Asyik nak gaduh sesama Melayu...DAP tepuk tgn aje...Melayu di perbodohkan oleh DAP ! Insaf lah Melayu...Tun mmg trg2 digunakan oleh mereka shj...Kesian kat Tun..Anak2 dia...isteri dia...nasihatlah dia...Lebih baik beli rumah kat Mekah...5 waktu jemaah dpn Kaabah...Ya Allah...Selamatkan lah Islam dan Melayu...

    ReplyDelete