Monday, 16 April 2018

Datuk Wee Anak Jantan Tak Lari Dari Ayer Hitam



Semenjak Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong mempersoalkan isu terowong dan mengakibatkan Lim Guan Eng terlihat sebagai berdalih dalih , maka DAP merasakan sesuatu mesti di lakukan untuk menutup mulut Timbalan Presiden MCA ini.

Menarik nya kerusi P148 Ayed Hitam yang pada awal nya di setujui oleh PH untuk meletak kan calon lain selain DAP , tiba tiba Pakatan Harapan menukar nya kembali kepada clon DAP untuk bertanding,

Terlalu jelas DAP seolah olah mahu mematikan kerjaya politik Datuk Wee kerana tidak suka akan suara lantang nya mengkritik DAP dan Lim Guan Eng.

Namun tidak seperti kebiasaan yang sering di lakukan oleh DAP ia itu mengalih alih kan calon nya kekawasan lain apabila menjelang Pilihanraya , Datuk Wee tidak berganjak dari kawasan Parlimen nya dan seperti anak jantan , sedia menunggu siapa sahaja yang Pakatah Harapan atau pun DAP letak sebagai pesaing nya.

Sejak tahun 2004 lagi Datuk Wee sudah memberi khidmat bakti kepada masyarat di Ayer Hitam.

DWKS bukan jenis wakil rakyat bermusim seperti DAP atau PKR yang hanya muncul ketika Pilihanraya sahaja.

Ketika di tanya berkenaan cabaran Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong untuk bertanding menghadapi nya ini jawapan nya :

'Ini sistem demokrasi. Tak kisah siapa nak bertanding di sini. DAP atau PAS pasti ada percaturan masing-masing. Jangan ada yang anggap ia sebagai cabaran mudah. Jangan pandang remeh calon lawan. Saya serah kepada pengundi untuk menilai track rekod saya selama berkhidmat di sini'

Begitu rendah hati cara "season" dan "polished" politician ini menjawap.

Bagaimana pendapat nya pada ahli politik DAP yang sering berubah tempat bertanding?


""Buat apa nak berhijrah? Saya anak jantan. Saya nak berkhidmat kepada rakyat.

"Kali pertama saya menang, mendapat mandat dan diberi kepercayaan rakyat adalah di sini, Ayer Hitam. Jadi saya akan kekal berdiri di sini.

"Seperti pepatah Melayu ada menyebut, 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."


Benar sekali bagi merekayang sedia ada bersama masyarakat , mereka tahu hasil kerja mereka dan masyarakat setempat juga tahu.

Pembaca boleh lihat sendiri bagaimana suasana di Ayer Hitam dan kemesraan orang orang kampung melayu, cina dan India bersama Datuk Seri Wee dalam video ini.




No comments:

Post a Comment