Saturday, 7 April 2018

Pengangkutan Awam Tetap Keutamaan Dalam Manifesto Barisan Nasional.






"Membina Infra Rakyat dan Meningkatkan Salinghuhungan"

Itu antara teras dan nadi dalam manifesto Barisan Nasional yang secara rasmi nya dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi.

Apa yang menarik dalam manifesto dan Akujanji Barisan Nasional ada lah kepentingan pengangkutan awam tetap menjadi keutamaan kepada Perdana Menteri.

Sebelum kita bincangkan berkenaan isi kandungan manifesto oleh Datuk Seri Najib Razak , kita harus backtrack kepada tindakan Perdana Menteri menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dengan menubuhkan SPAD sahaja ia menunjukan betapa serius nya pengangkutan awam rakyat kepada Perdana Menteri.

Pengangkutan awam diletak sebagai salah satu KPI didalam Transformasi Pengangkutan Awam dibawah Transformasi Nasional.

Jadi, nyata sekali ia bukan gula gula hanya untuk memancing undi kerana tanpa PRU14 pun ia sudah dijadikan hala tuju negara kepada modenisasi pengangkutan demi mahu memodenkan mobiliti rakyat dan mahu memberi keselesaan kepada rakyat sekaligus mahu pengangkutan awam menjadi pilihan mereka untuk menunju ke destini.

Jika di lihat pada pembentangan ini , jelas bukan sahaja kawasan urban atau kawasan yang populasi nya ramai sahaja seperti di semenanjung  menjadi tumpuan kemajuan pengangkutan awam , bah kan kawasan di Sabah dan Sarawak juga di beri tumpuan.

Jika konektiviti antara satu kawasan kepada satu kawasan di ujudkan , maka perkembangan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat di kawasan terbabit pasti nya meningkat.



Mungkin ini yang di maksudkan oleh Perdana Menteri sebagai "Asas Pengangkutan Futursitik Hari Esok Telah Bermula Hari Ini" ada lah kerja kerja penambahbaikan dan kerja kerja ke arah itu telah pun di mula kan hari ini dengan pelbagai contoh misal nya "keretapi laju HSR Singapura- Kl" laluan pantai trimur ECRL dan juga pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Sabah dan sarawqak.

Boleh di lihat betapa banyak usaha dan pelan perancangan dalam manifesto BN untuk PRU14 seperti di bawah ini :-







Amat jelas , Perdana Menteri amat konsisten dalam mahu membina infra rakyat berkaitan pengangkutan awam dan mode perjalanan rakyat.

Negara, nampak nya berada di tangan yang selamat dalam menguruskan hal ehwal rakyat.

Kesungguhan untuk ini boleh di lihat pada pelan dan rancangan seperti di  bentangkan oleh Perdana Menteri dalam aku janji Manifesto Barisan Nasional untuk PRU14











No comments:

Post a Comment