Tuesday, 24 April 2018

Tiada Tsunami Melayu , Itu Auta Pembangkang Sahaja - Chai Kim Seng



Pembangkang sebagai raja persepsi sememang suka bermain dengan andaian.

Rakyat jangan lupa dengan penipuan pembangkang pada PRU13 lalu berkenaan penipuan "blackout" , "40K Bangla"  yang bermula dari Red Bean Army milik DAP.

Setelah meyebarkan fitnah ada 40,000 Bangla akan mengundi , mereka beramai ramai berlakon terlihat kumpulan orang Bangla berada di sana sini dan membuat persepsi konon benar Barisan Nasional hendak menipu.

Maka termakan lah rakyat Malaysia dengan penipuan puak Pembangkang.

Paling sukar di terima ada lah penipuan fitnah ini mangsa nya ada lah puak penyokong pembangkang sendiri.

Paling aneh sekali , setelah tahu diri mereka di tipu , mereka masih mahu menyokong pembangkang dan konon konon nya mereka benci penipuan 1MDB.

Itu lah pelik nya.

Mereka boleh terima penipuan dari golongan sendiri berulang kali termasuk lah kisah cincin Rosmah.

Terkini, pembangkang bermain dengan andaian konon akan berlaku Tsunami umpama PRU13 lalu.

Tapi kali ini Tsunami Melayu pula.

Nyata sekali ini ada lah bohong di siang hari.

Ketara sangat dengan apa yang pembangkang andai kan dengan apa yang realiti.

Pengerusi biro publisiti MCA, Chai Kim Sen bertanya mengapa, jika benar akan ada tsunami Melayu , kenapa pemimpin kanan DAP dan PKR yang bukan Melayu menghindari daripada bertanding di kawasan majoriti Melayu? tanya Chai.

Soalan dari Chai amat tepat di tujukan kepada mereka mereka dari kalangan pembangkang yang sering berceramah konon akan ada Tsunami Melayu.

Chai menyatakan bahawa semalam Tian Chua mengakui bahawa beliau teragak-agak untuk bertanding di Johor kerusi Tebrau dan Ledang, yang mempunyai lebih banyak pengundi Melayu, walaupun Pakatan Harapan telah mengisytiharkan Johor sebagai negeri medan pertempuran utama.

Kenapa kah jika benar Melayu akan  beramai ramai mengundi pembangkang calon Pakatan Harapan takut untuk bertanding di kawasan ramai melayu? tanya Chai.

Ini nyata sekali mereka sendiri tidak yakin dengan kenyataan sendiri , jika tidak berbohong , apa kah yang sesuai di panggil?

Datuk Seri Najib sendiri mencabar andaian akan ada Tsunami dan berkata ia hanya fitnah pembangkang semata mata ;

Najib gives the 'plastic finger' to 'Tsunami PHitnah' - Mkini


Menurut Chai Kim Seng , jika benar ada tsunami tentu Lim Kit Siang sudah menyahut cabaran Datuk Sharir Samat untuk bertanding di Johor Baru.


Xavier Jayakumar dari PKR juga terpaksa berpindah kerusi selepas beliau berkata kerusi Sungai Kandis semasa beliau di Selangor sekarang mempunyai lebih banyak Melayu selepas persempadanan semula.
Kenapa takut tanding jika kawasan melayu? bukan kah fitnah DAP bahawa melayu akan lari Pakatan Harapan?
Selain itu Tony Pua juga tidak mahu pergi tanding di Bentong Pahang manakala Gobind Singh, Teoh Nie Ching dan Boo Cheng Hau “teragak-agak untuk ditempatkan semula” ke kerusi lain di Johor yang mempunyai populasi pengundi Melayu yang lebih besar.

Maka usah lah rakyat melayan sangat persepsi dari golongan gagal pembangkang ini.

Mereka sendiri cipta andaian kemudian mereka sendiri tidak percaya pada andaian sendiri.

Sebalik nya apa yang akan terjadi ada lah masyarakat Cina akan menghukum DAP kerana faktor Mahathir nya.

Dan orang Melayu akan hukum Tun Mahathir kerana pengkhianatan nya.



Itu lah sebenar nya yang akan terjadi.








2 comments:

  1. Memang tak ada Tsunami Melayu.
    Yang ada cuma TSUNAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU DEMOKRASI
    DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.
    Kami berhak menukar Kerajaan.
    Sudah cukuplah 60 tahun DEMOKRASI di Malaysia STAGNENT.
    Kerajaan UMNOBN perlu direhatkan.
    Biar party lain jadi kerajaan supaya rakyat boleh membuat PERBANDINGAN.
    Tidak perlu bimbang dengan RISIKO YANG BELUM BERLAKU MENYEBAB KAN KITA
    MENERIMA MUDAHARAT YANG ADA.

    ReplyDelete
  2. Islam tak mahu halalkn murtad dn lgbt yg fi blkang ngo pro dap dn pkr
    Dosa

    ReplyDelete