Saturday, 21 April 2018

Tidak Benar Langsung Kisah Ketiadaan Kad BT1M di Langkawi -SPAD



Semakin ada akta "Fake News" semakin hebat juga fitnah berleluasa.

Tidak tahu motif nya apa mereka sebarkan konon konon nya ketiadaan Kad BT1M di Langkawi.

Sedangkan majlis menyampaikan nya telah pun berlansung.

Mungkin ada pihak merasa pemberian Kad BT1M kepada pemandu teksi ada lah satu kebaikan kepada pihak kerajaan maka pihak yang mahu memburuk kan nya demi kepentingan politik barangkali mahu kisah pemberian Kad BT1M di pandang negatif.

Mungkin juga untuk menunjuk kan kelemahan di pihak kerajaan atau pun Suruhanjaya Pengangkutan Awam, (SPAD)

Kelmarin tertular juga "fake News" konon nya ada pemandu teksi menjual Kad BT1M kepada pihak lain , namun kemudian di dapati tidak benar juga .


Sebelum ini gambar ataupun video pemandu teksi ada yang segelintir keluar untuk berebut ke tempat que di kata kan atau di fitnah sebagai konon nya mereka tidak suka Perdana Menteri berucap lalu meninggal kan majlis.

Sedangkan gambar mereka bertepuk sorak pada tiap pengumuman gembira dari Perdana Menteri tidak di tunjuk kan.

Macam macam cara pihak tertentu lakukan untuk memburuk kan pihak lain.

Pemandu teksi jangan pula cepat panik atas khabar angin berita palsu, paling mudah , hubungi sahaja pejabat SPAD untuk pengesahan berkenaan Kad dan cara mengambil nya.

Sejumlah 67,000 pemandu teksi di umumkan oleh Perdana Menteri akan menerima bantuan ini.

Lihat lah gambar majlis dan kenyataan Media dari SPAD.
]




Apapun bukti majlis belansung dan dakwaan palsu konon tiada pemberian Kad BT1M dapat di patahkan dengan pemberitahuan SPAD seperti di bawah ini:





PEMBERITAHUAN MEDIA SOSIAL
PROSES PENGEDARAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA SEDANG BERJALAN LANCAR DI LANGKAWI
Proses pengedaran Kad Bantuan Teksi 1Malaysia sedang berjalan lancar di Langkawi, malah berikutan sesi bertemu pemandu teksi di Langkawi pada 19 April 2018, seramai 113 pemandu teksi telah menerima kad bantuan mereka di majlis tersebut. Sehingga 21 April, sebanyak 500 kad bantuan telah disampaikan kepada pemandu-pemandu teksi di Langkawi. Ini adalah sebahagian daripada 27,100 kad bantuan yang telah diedarkan bagi seluruh Malaysia. Oleh itu dakwaan bahawa kad tersebut tidak diedarkan di Langkawi adalah tidak benar sama-sekali.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan sekali lagi bahawa para pemandu tidak perlu khuatir kerana sebanyak 67,000 kad bantuan telah disediakan untuk mereka. Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di bawah.
Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.
Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara.
SPAD juga ingin menyatakan bahawa tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya “para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya,” adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.
Sekiranya dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari
www.spad.gov.my/…/pengusa…/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April
hingga 16 Julai 2018)
• Pejabat SPAD Kelana Jaya
• Pejabat SPAD Putrajaya
• Pejabat SPAD Pulau Pinang
• Pejabat SPAD Kuala Terengganu
• Pejabat SPAD Johor Bahru
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17
April hingga 16 Julai 2018)
• Cawangan SPAD UTC Kuantan
• Cawangan SPAD Melaka
• Cawangan SPAD UTC Ipoh
• Cawangan SPAD UTC Alor Setar
• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
• Cawangan SPAD Langkawi

No comments:

Post a Comment