Friday, 6 April 2018

Tiong Lai Pesan Kepada Kaum Cina, Undi Lah Parti Cina BN, Jika Mahu Wakil Dalam Kerajaan



Maka dengan peristiharaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkenaan pembubaran Parlimen pada esok hari (Sabtu) maka perang merebut pengundi pun bermula.

Sebenar nya tanpa Perdana Menteri mengistihar kan pun , parti politik dalam Malaysia sudah pun berperang merebut pengundi , ini kerana pembangkang Malaysia telah berpolitik 24 jam 7 hari sepanjang tahun.

Pihak pembangkang mungkin ada "advantage" dalam hal ini kerana mereka tidak perlu berkhidmat bakti kepada pengundi mereka kerana kerja itu di serah kepada wakil Barisan Nasional walau pun kawasan itu di menangi oleh pembangkang.

Apa yang wakil pembangkang perlu buat ada lah membangkit kan isu dan menyoal itu dan ini terhadap kerajaan Barisan Nasional , maka mereka sudah di lihat membuat kerja.

Walaupun isu nasional yang di bawa oleh wakil pembangkang tidak menguntungkan atau membawa faedah kepada penduduk yang di wakili.

Lain pula dengan parti MCA. 

MCA ada prinsip. Khidmat bakti tetap di beri kepada masyarakat walaupun nyata sekali kawasan itu di menangi oleh DAP.

Ini terbukti pada isu isu sekolah Cina dan kampung baru Cina.

Sekolah Cina dan kampung baru Cina ada lah contoh terbaik hasil kerja MCA.

Ia membuktikan betapa hubungan yang baik wakil pemimpin MCA dengan kerajaan memerintah membawa faedah kepada masyarakat Cina.

Justeru itu baru baru ini Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memberi pesan kepada masyarakat Cina bahawa jika mereka mahu hal ini berterusan , mereka harus mengundi MCA atau parti berpaksi Cina.

Jika MCA tidak ada kerusi atau tewas , maka amat sukar untuk MCA meneruskan usaha ini.

Sebagai parti yang berprinsip , MCA tidak akan menerima jawatan kerajaan jika tidak menang banyak kerusi.

Pendek kata , orang Cina tidak lagi boleh mendapat manfaat dengan undi DAP tapi perguna MCA untuk memohon faedah dari kerajaan.

Sikap sebegini tidak lagi akan di amalkan oleh MCA jika tiada menang banyak kerusi.

Ia mencacat kan kuasa bidaan masyarakat Cina.

Pada PRU12 MCA pernah enggan menerima tawaran jawatan dari kerajaan apabila tidak memperolehi banyak kerusi.

Itu lah dasar prinsip MCA.



Tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah melawat ibu pejabat MCA di mana tindakan ini ada lah "unprecedented". Ini menunjuk kan betapa erat nya kepimpinan MCA dengan Pengerusi Barisan Nasional.

Pada perhimpunan Agong MCA tahun lalu , Datuk Seri Najib juga ada memberitahu , sebagai Perdana Menteri , beliau sanggup melayani banyak permohonan dari kaum Cina melalui MCA, namun sebelum melaksana kan nya , masyarakat Cina harus lah memberi sokongan kepada MCA terlebih dulu dan membuktikan mereka menyokong MCA.

Namun , sehingga kini banyak juga yang telah berjaya di laksana kan oleh MCA kepada kaum Cina.

Itu pembuktian MCA telah menjalanka tugas nya kepada kaum Cina.

Maka pilihan di tangan kaum Cina sendiri, dalam masa yang sama sudah terlihat kaum Cina sudah mula mengubah sokongan sedikit demi sedikit kepada MCA setelah kecewa dengan skandal DAP dan PKR.

Kejayaan kedua kepimpinan MCA Datuk Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong dalam mendedah kan skandal Terowong Pulau Pinang  boleh di jadikan ukuran sokongan masyarakat Cina.

Kini kaum Cina sudah sedar siapa sebenar nya yang bekerja untuk mereka.

Syabas MCA.















No comments:

Post a Comment