Tuesday, 1 May 2018

Berita Dari Orang Fasik - TS Annuar Musa Pesan Jangan Terdorong Sentimen Dan Berita Palsu



Pada tarikh 4 Februari lalu kami di blog ini ada menulis berkenaan akta berita palsu dan kenapa pihak tertentu terutama nya pembangkang dan lebih lebih lagi DAP amat tidak suka kepada keujudan akta ini.

Berita Palsu atau Fake News amat menguntungkan pembangkang atas sebab ia boleh memanipulasikan pemikiran seseorang individu.

Selain dari itu Fake News atau berita palsu boleh mengubah emosi dan sentimen penggundi pada PRU14.

Itu lah yang di kehendaki dan di perlukan oleh pembangkang kerana ketiadaan jasa dan rekod kerja untuk di beritahu kepada rakyat.

Untuk kisah di atas pembaca boleh ke sini :-

http://thechulan.blogspot.my/2018/02/berita-palsu-ada-lah-senjata-dap-itu.html

Hari ini sekali lagi Ketua Penerangan UMNO , Tan Sri Annuar memberi pesan kepada rakyat dan pengundi bahawa mereka akan terdedah kepada ini semua menjelang hari hari akhir berkempen

"Justeru, kita mahu memberi kesedaran awal kepada masyarakat supaya mereka dapat berfikir jika terdapat sesuatu berita yang tiba-tiba disebarkan terutama di saat akhir, mereka akan memahami perkara berkenaan bahawa ia sengaja diada-adakan untuk tujuan tidak baik," kata TS Annuar

Maka kita semua perlu berhati hati dengan apa yang telah di rancang oleh pihak pembangkang pada saat akhir hari mengundi nanti.

Pembangkang sudah terkantoi berbohong banyak kali dan ramai antara mereka telah di seret ke mahkamah atas dakwaan memfitnah.

Kita juga perlu bersiap siaga kepada jentera kacang merah milik DAP yang mempergunakan pelbagai nama orang melayu dengan akaun palsu mereka untuk menyebar berita palsu.

Lihat sahaja pada Nurul Izzah yang di dapati bersalah pada dakwaan memfitnah Raja Nong Chick.

Rafizi Ramli juga telah di dapati bersalah dalam kes NFC.

Dan terkini Tun Mahathir mati matin mahu rakyat percaya diri nya dalam keadaan tidak selamat atas sebab mahu raih simpati.

Walaupun beberapa pakar serta badan penguasa sudah memberitahu bahawa pesawat nya tidak di sabotaj namun dia hanya mahu mempercayai diri nya sahaja,

Pembangkang perlu pada berita palsu. Berita palsu ada lah dwi fungsi kepada pembangkang dan Tun Mahathir.

Pertama ia boleh membuat pendengar membenci kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin nya terutama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedua ia juga boleh menjadi perisai kepada rasuah , penyelewengan dan skandal pembangkang sendiri.

Tun Mahathir pula amat memerlukan nya kerana sudah tersebar dan tular kisah Prebet Adam , wang milik nya yang di pegang oleh seorang Individu dan terkini kisah bagaimana projek KLCC di ratah oleh keluarga nya dengan pelbagai helah.

DAP pula mahu melindungi rasuah banglo serta skandal wang RM300 juta yang entah hilang kemana oleh DAP.

Begitu juga dengan Azmin Ali dengan skandal tanah Ijok serta isu air Selangor yang peniuh dengan masalah.

Maka , jika tanpa berita palsu , rakyat akan dapat lihat terus dan fokus kepada penyelewengan pembangkang.

Pendek kata , berita palsu ada lah perisai mereka.

"Kita sudah memberi peringatan kepada jentera berikutan maklumat yang diterima bahawa terdapat pihak secara sengaja menimbulkan provokasi.
"Pihak berkenaan merancang serangan di saat akhir dengan mengeluarkan berita tidak benar atau palsu bagi menakutkan pengundi dan menanam rasa benci,"
Maka elok sangat ahli UMNO khas nya dan rakyat am nya bersedia kan minda dan jiwa dengan apa yang di andaikan oleh Perdana Menteri sebagai #Tsunami Fitnah yang bakal melanda berita politik tanah air menjelang hari mengundi.
TS Annuar yang akan bertanding di Parlimen Ketereh sudah lama di biudang politik dan kenal sangat asam garam serta tabiat pembangkang terutama nya Tun Mahathir.
TS Annuar juga mengalami fitnah yang datang dari pembangkang pada PRU14 ini.
Kisah isu yang sudah selesai dan kisah recycle juga turut di main kan oleh pembangkang bagi mengena kan TS Annuar Musa , namun sebagai ahli politik yang di kira sebagai  "polished" dan "seasoned" ini , ia di tangkis dan tepis dengan bijaksana.

Pembangkang amat marah kepada calon Parlimen Ketereh ini atas sebab mempertahan kan Perdana Menteri dalam kes 1MDB dan juga kerana mengkiritik serta memperosal
tindak tanduk Tun Mahathir.

Lihat contoh cara calon ahli Parlimen Ketereh TS Annuar berceramah yang berapi api mempertahan kan PM datuk Seri Najib dalam membangun kan negeri Kelantan.































2 comments:


  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete