Wednesday, 2 May 2018

Cara Jijik Dan Kotor Di Gunakan Dalam Kempen PKR Di Ketereh



Makin desperado kedudukan PKR maka makin desperado lah tindakan mereka.

Dalam mereka menanamkan perasaan palsu konon nya semua rakyat sudah benci UMNO , namun cara mereka berkempen langsung tidak melambangkan mereka yakin akan menang.

Apabila kerajaan mahu mengujudkan akta anti berita tidak benar (Fake News Act) mereka lah yang banyak persoal kenapa mahu mengujudkan akta itu dan macam macam alasan mereka berikan untuk menghalang nya.

Rupa rupa nya mereka amat memerlukan kepada cara memfitnah dan cara menyampaikan maklunmat palsu.

Pembangkang hidup dengan berita palsu dan fitnah.

Bagaimana mereka mahu menghadapi rakyat dengan kebenaran , jika mereka tidak miliki kebenaran?

Pada kempen mereka di  Parlimen Ketereh P26 di mana Ketua Penerangan UMNO  Tan Sri Annuar Musa menjadi calon , mereka telah mengedarkan risalah serta maklumat tidak  benar dan penuh kepalsuan.

Dari laman Facebook Tan Sri annuar Musa jelas terlihat betapa salah dan terpesong nya risalah sebaran kepada pengundi kawasan Parlimen Ketereh.



Walaupun ini berlaku di zaman maklumat di atas jari , jelas sangat sasaran mereka ada lah pengundi jahil serta pengundi yang tidak suka memeriksa maklumat.

Antara yang d sebarkan adalah berkenaan kes pembelian aset MARA di Australia.

Bukan kah poengetahuan umum berkenaan nya serta fakta menunjuk kan kes pembelian itu terjadi di zaman Shafie Afdal yang kini menjadi Ketua parti Warisan di Sabah?

Lihat dengan mudah sahaja tarikh perlantikan Tan Sri Annuar dengan waktu penjualan sahaja sudah memadai untuk mengetahui ia satu fitnah dan pemesongan maklumat.



Selain itu turut terkndung di dalam pemberitahuan itu konon konon nya MARA akan membatalkan pemberian biasiswa.

Ini lah benar benar satu pembohongan. Ada kah atas sebab menyedari masyarakat di Ketereh tidak bijak merujuk kepada maya atau google untuk mengetahui ia tidak benar sama sekali?

Utuk maklumat ,MARA telah pun menjual aset itu dan perolehi keuntungan dan ia tiada kaitan lansung dengan Tan Sri annuar Musa.

Pemberian biasiswa MARA bukan sahaja tidak pernah batal , malah MARA menaja seramai 200,000 pelajar dengan kos RM 2.5 billion.

Bagaimana pembangkang mahu ambil alih kerajaan pusat jika mentaliti mereka masih di takuk lama.

Kenapa tidak war war kan kejayaan memerintah dengan sebut senarai kejayaan hasil kerja?

Atau sememang nya tiada hasil kerja?

Sudah lah memilih pemimpin tua lapuk sebagai pemimpin recycle, apa kah fitnah pun recycle juga?

Ini kah yang hendak  membela rakyat sambil menipu rakyat?

Seperti saranan Tan Sri Annuar , tolak lah pihak yang tidak cerdik ini, yang tiada class langsung, bukan untuk membuat kerja, memfitnah pun tidak berkualiti dan tidak berasas.

Bersaing lah dengan cara sihat.bukan dengan fitnah dan "Fake News" .







1 comment:

  1. HAHAHA............KETAWA SAJA BACA NI.
    Macamlah Anuar musa tu beretika sangat!!!!
    Puiiiiiiiiiiiiii.................saya sentiasa mencaqri
    maklumat supaya tak ditipu oleh penyangak umnoBNPAS

    ReplyDelete