Friday, 11 May 2018

Kerjasama SPAD Dan Kerajaan Pusat Kekal Terpelihara


Setelah mengharungi tempoh getir Pilihan Raya Umum ke 14, akhirnya, Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya membentuk sebuah kerajaan. Keadaan ini menyaksikan Tun Dr Mahathir kembali ke jawatan yang pernah disandang olehnya sebelum ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7. Sekalung ucapan tahniah diucapkan.

Dalam hal ini, sudah semestinya beliau mempunyai visi yang berlainan dari kerajaan yang sebelumnya. Sudah tentu, beliau akan membawa satu lagi dimensi baru terhadap negara terutamanya dalam sektor pengangkutan awam darat di negara ini. 

Pastinya, sebagai seorang yang cukup berpengalaman, dalam urus tadbir negara, beliau pasti akan menyedari keperluan dalam memastikan mutu pengangkutan awam negara berada dalam keadaan terbaik. Olehh yang demikian, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan baru Pakatan Harapan demi memastikan mutu pengangkutan awam berada pada tahap optimum.

Tambahan pula, selaku seorang yang telah mencetuskan ilham Wawasan 2020, pastinya beliau mahu segenap aspek berada pada tahap terbaik. Oleh yang demikian, SPAD akan sentiasa memberikan komitmen terbaik dalam memastikan apa yang dihajati oleh kepimpinan baru ini akan terlaksana dengan jayanya. Inilah janji dan komitmen SPAD terhadap kerajaan dan juga negara.

No comments:

Post a Comment