Saturday, 5 May 2018

Seperti Lazim Kawan Yang Setia - Hishamuddin Kunjung Datuk Liow Tiong Lai Di Bentong


Kisah setia kawan antara UMNO dan MCA sudah terjalin sekian lama .

UMNO dan MCA ada lah kawan setia yang boleh di harapkan.

Orang putih kata "tested relationship" atau "Your rainy day friend" kawan waktu sukar,

Ketika UMNO mendapat kurang sokongan dari orang Melayu satu waktu dahulu ketika pilihanraya di mana Anwar Ibrahim baru sahaja di pecat dari UMNO oleh Tun Mahathir dan ramai orang Melayu meminggir UMNO, undi solid kepada MCA dari masyarakat Cina lah yang banyak membantu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional

Kemudian , ketika MCA pula di pinggir oleh masyarakat Cina pada PRU kerana termakan hasutan dan permainan sentimen perkauman oleh DAP , UMNO tetap memberi kedudukan kepada MCA yang telah kehilangan banyak kerusi.

Ini lah nama nya kawan yang setia , bukan sahaja dalam Barisan Nasional , malah semenjak dari PERIKATAN lagi se belum Barisan Nasional di tubuhkan.

Terkini , jalinan persahabatan dibuktikan lagi apabila Naib Presiden UMNO Datuk Hishamuddin Hussin datang berkunjung berjumpa dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memberi sokongan menghadapi PRU14 bagi kawasan Parlimen Bentong.


Walau dalam keadaan kehilangan suara Datuk Seri Hishamuddin sempat melaungkan Wo men dou shi yi jia ren " (Kita semua satu keluarga besar).


Hishamuddin dalam ucapan nya telah menyatakan betapa persahabatan mereka terjalin semenjak zaman mereka berdua masih dalam Pemuda kedua dua parti.

"Datuk Liow ada lah pemimpin yang ikhlas, baik , jujur dan tidak rasuah , kami susah payah bersama" kata datuk Hishamuddin.

Hisham turut membeitahu para hadirin bahawa ketika zaman pemuda dan Hishamuddin dan UMNO dalam keadaan sukar , Datuk Liow dan MCA lah yang berdiri teguh membantu.

Kerana sanjungan yang di beri oleh Hishamuddin kepada Datuk Liow , maka Liow terasa begitu terharu dan sebak mendengar kata Hishmuddin "apa guna jika saya menang , Datuk Liow tidak menang".

Kami sudah tulis sebelum ini , bahawa tiada sebab masyarakat Bentong mahu menukar ahli Parlimen selain Liow Tiong Lai , atas sebab rekod  kerja nya terlalu jelas.


Sehari sebelum hal ini , ia itu pada hari Jumaat , orang muda Bentong dan rakyat sekitar telah datang untuk mendaftar diri untuk di temuduga bagi memohon pengambilan pekerja di projek ECRL daerah Bentong.

Ini lah maksud "spill over" ekonomi yang di maksudkan oleh Perdana Menteri bagi projek ECRL.


Rekrutmen di lakukan oleh syarikat Malaysian Rail Link Sdn.Bhd.  Mereka yang berusia sekitar 18-35 di galak kan memohon untuk memenuhi jawatan kosong.


Job drive woos Bentong youths home

The one-day event saw 202 candidates filing their interest to work for the RM55bil project to build a 688km-railway from Port Klang to Pengkalan Kubor in Kelantan.
Among them were sisters Syahidah Ghazali, 29, and Syafiqah Ghazali, 24, who were looking for jobs as an environment officer and public relations officer.

Banyak yang telah di lakukan oleh Datuk Liow sebagai wakil Parlimen  Bentong , bukan sekadar datang waktu PRU sahaja.
Bentong ada potensi untuk lebih maju jika rakyat nya tahu untuk memilih dan menilai calon nya yang betul , seperti yang sedia ada.






No comments:

Post a Comment