Saturday, 26 May 2018

SPAD Disaran Teruskan Operasi Kaunter


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diarahkan untuk mengoperasikan kaunter mereka seperti biasa biarpun sudah diumumkan pembubarannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata sebarang permohonan lesen yang dihantar orang ramai perlu diterima dan diproses oleh pihak SPAD seperti biasa. Kata Anthony Loke,

Saya minta semua operasi SPAD diteruskan kerana apabila diumumkan suruhanjaya ini dibubarkan, ia bukan bermaksud hari ini umum (bubar), hari ini terus tutup pejabat. Pejabat dan operasi SPAD ini masih berjalan kerana kita ada Akta SPAD, kakitangan bertugas seperti biasa dan sebarang permohonan daripada orang awam perlu diterima oleh SPAD. 

Rabu lalu, Tun Dr Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, mengumumkan empat badan dan agensi kerajaan dibubarkan termasuk SPAD.

Semalam, Anthony dilaporkan berkata, kira-kira 800 kakitangan bertaraf tetap di SPAD akan diserap ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan terdapat 1,000 kekosongan perjawatan di jabatan itu sekarang. Beliau dipetik berkata, tiada sebab kakitangan SPAD risau kehilangan pekerjaan atau risiko diberhentikan kerja susulan pembubaran suruhanjaya itu diumumkan.

No comments:

Post a Comment