Thursday, 22 March 2018

Lagi 300 Pemandu Teksi Bebas Belenggu Sistem Pajak - #SPAD






Semenjak Tahun lalu lagi (2017) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah tanpa henti memberi lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang sekian lama mencari nafkah dengan menyewa teksi milik orang lain.

Pemandu teksi yang di belenggu dengan sistem pajak walau bagaimana pun cuba di bantu secara berperingkat untuk membebaskan diri dari tekanan mencari nafkah dengan berkongsi pendapatan mereka dengan tuan pemilik teksi.

Kerja membebaskan pemandu teksi tradisi ini di lakukan secara berperingkat peringkat ini terhasil dari Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diusahakan oleh SPAD.

Maka , nyata sekali anadian setengah pihak konon SPAD lebih mengutama kan teksi e-Hailing dari teksi tradisi adea lah tidak benar sama sekali.

Malah kini pemandu teksi tradisi oleh sahaja menjadi teksi E-hailing jika mereka mahukan.

Kelmarin batch terbaru seramai 300 orang pemandu teksi telah menerima lesen memandu persendirian. Ini sudah kali ke5 SPAD mengadakan majlis yang sama.



Kini , apa yang mereka perolehi , ada lah hasil usaha mereka sendiri yang tidak perlu di kongsikan dengan pihak yang menyewa teksi kepada mereka dalam sistem pajak.

Bukan setakat itu sahaja , SPAD seagai wakil kerajaan menjayakan Transformasi Pengangkutan Awam turut menghulurkan pemberian bantuan geran tunai seanyak RM5,000 kepada 74 pemandu teksi.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri telah menyerikan majlis dan turut bersama pengerusi SPAD Tan Sri Isa Samad naik ke pentas menayakan pemberian.

Sila baca kenyataan dari SPAD di awah ini untuk keterangan lebih lanjut.



KENYATAAN MEDIA
SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KELIMA DIBAWAH TITP
74 Pemandu Turut Menerima Bantuan Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000
KUALA LUMPUR, 20 Mac 2018 – Seramai (300) pemandu teksi telah menerima lesen individu hari ini daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang telah menyempurnakan majlis tersebut, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Tambah beliau, pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini.
Kumpulan kelima penerima lesen individu pada hari ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh Suruhanjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD. Penerima lesen individu kumpulan kelima ini terdiri daripada 159 pemandu teksi dan 142 pemandu kereta sewa.
Daripada jumlah itu, 52% pemandu adalah daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan, 24% daripada Pulau Pinang dan Pulau Langkawi, dan 23% daripada Melaka dan Johor Bahru. Tambahan lagi, 74 daripada penerima lesen individu pada kali ini turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.
Sejak dilaksanakan, seramai 2,493 pemandu teksi telah menerima lesen individu dan sebanyak 82 Geran Tunai kerajaan yang bernilai RM410,000 telah diberikan kepada pemandu teksi yang layak. (Bilangan ini adalah setakat 3 Jan 2018.)
Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2017 akan membolehkan penyeragaman peraturan syarat-syarat sewa pajak yang akan dikawal selia oleh SPAD. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama, dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.
Pindaan undang-undang bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 telah pun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada akhir Julai lalu dan akan diwartakan pada suku ke 2, 2018.
Untuk maklumat lanjut mengenai TITP, sila rujuk www.spad.gov.my/ms/pusat-media/kenyataan-media/2016/spad-memperkenalkan-perancangan-untuk-mempertingkatkan-industri atau hubungi SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau titp@spad.gov.my)

No comments:

Post a Comment