Thursday, 10 October 2013
Timbang Lori Pun Ada Dalam Operasi SPAD
Agak nya sejajar dengan nama haiwan yang besar dan gagah seperti Badak Sumbu maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menamakan operasi memeriksa lori dan kenderaan pembawa barangan dengan memberi nama “Operasi Hippo”.
Setelah berulangkali mengada kan operasi pemeriksaan terhadap bas dan teksi, kini tumpuan SPAD kepada lori serta muatan nya pun dilaksana kan semalam (10-10-2013).
Operasi memeriksa dan mengesan lori langgar had , tidak kira lah langgar laju atau melebihi muatan serta juga kepada pemandu dan syarikat nya telah di jalankan di daerah yang boleh dikira mudah terjumpa lori ia itu kawasan Puchomg dan sekitar nya.
SPAD tidak bersendirian didalam menjalani operasi ” badak sumbu” ini tetapi diikut sama oleh pasukan Polis.Dengan kekuatan dari SPAD sendiri seramai 7 pegawai dan 56 penguasa nya dan 5 pegawai Polis berserta anggoota bawahan nya, Operasi lancar di jalankan.
Boleh di lihat dari beberapa gambar yang disertkan dalam atikel ini betapa lori diatas jalan raya kita ada lah juga alat potensi untuk mencabut naywa apabila sebilangan dari nya beroperasi dengan tayar yang sudah Nampak isi dalam nya yang menunggu masa untuk meletup sahaja.
Dalam operasi badak sumbu ini keseluruhan nya 22 kes dapat di kesan 17 melebihi muatan dan had dan ada juga 5 kes meninggal kan lori.Amat pelik , kes pemandu tinggal kan lori.
Lori yang terlebih muatan akan pasti nya gagal didalam situasi bila memerlukan hentian yang mengejut kerana kekuatan brake tidak mampu menampong berat yang dibeban oleh lori.Bahaya hal ini bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada orang ramai yang menguna jalan yang serupa dengan lori ini.
Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD , Maj Jen (B) Dato Che Hasni Che Ahmad serta anggota anggota SPAD dan Polis Nampak nya tidak menang tangan dengan pelbagai karenah dan hal ehwal urusan lori ini ketika operasi dijalan kan.
Nampak gaya SHE I-COP yakni system keselamatan dan kod etika syarat yang digunakan kepada bas bakal diguna kan kepada Lori juga jika apa yang di nyatakan oleh Dato Che Hasni menjadi kenyataan memandang kan keberkesanan system itu kepada bas ekpress.
No comments:
Post a Comment