Sunday, 12 May 2013

5 th May – Day Of Betrayal.





Akbar Utusan Malaysia ada  membuat tajuk “Apa Lagi Yang Orang Cina Mahu?” pada laporan nya terhadap PRU13. Kerana kajian Utusan  mendapati undi orang Cina ketara dan terlalu jelas sudah lari kepada Pakatan Rakyat terutama nya kepada DAP. TC berpendapat tajuk yang lebih sesuai ada lah “Apa lagi Yang Orang Cina Belum Dapat?” itu rasa nya tajuk dan persoalan paling sesuai.

Jika sesiapa terasa pedih pada persoalan dan menganggap soalan itu sebagai serangan perkauman , maka sah lah otak nya harus di periksa.Soalan memerlukan jawapan dan bukan nya kemarahan yang marah pasti nya sudah tersepit tidak boleh menjawap soalan.

Di satu peristiwa seorang barbangsa Eropah merantau ke satu tempat di Negara Cina dan sebaik sahaja dia duduk berehat di sebuah kedai kopi dia terlihat satu pertengkaran antara 2 orang.Pertengkaran begitu lama masih belum terhenti lagi.Lalu lelaki berbangsa Eropah itu bertanya kepada tuan kedai kopi itu kenapa kedua yang bertengkar itu masih lagi belum bertumbuk.
Tuan kedai kopi itu pun menjawap “di sini siapa yang mula kan serangan tangan dalam pertengkaran bermakna dia sudah kalah di dalam hujah nya”.
Maka faham lah lelaki Eropah itu.

Maka apabila akhbar Utusan menyoal , ia memang perlu kan jawapan , kenapa mesti sakit hati pada persoalan? Memang pun masyarakat Melayu ingin tahu apa yang tidak kena , apa yang orang Cina tidak dapat ketika BN mentadbir?

Malah di kata kan kerajaan pimpinan Melayu ini terlalu lembut sehingga bukan sahaja di kira tunduk, malah sudah ke peringkat sujud pula. Yang belum di serah hanya nama Tuhan mereka sahaja.

Zionist ada mencipta gelaran kepada sesiapa yang menentang nya walau pun yang menentang itu sebenar nya bertindak balas kepada kezaliman dan perilaku zalim Yahudi. Nama gelaran di beri ada lah “Anti-Semite”.Antara yang pernah mendapat gelaran ini ada lah Tun Mahathir.

Jadi advantage ada lah kepada puak Zionist, mereka melaksana kan kezaliman dan kemudian mengelar kan penentang perbuatan mereka sebagai Anti-semite.Apa kah di Malaysia juga mahu jadi begitu? Sebaik sahaja satu puak melakukan perkara melampau dan sesiapa yang menentang kelampauan itu atau mempersoal kan pelakuan itu akan di gelar “Rasis”

Rentetan pada peristiwa jelas terlihat  bahawa DS Najib yang mewakili kerajaan BN telah nampak terlalu melayani segala bangsa dari segala golongan di dalam mahu mengambil hati pengundi.

Termasuk di dalam golongan ini ada lah kumpulan dan persatuan orang orang Cina di merata Negara.Nampak mereka sentiasa sahaja sambut kedatangan pemimpin besar BN ini.Gambaran di beri ada lah sokongan besar akan datang dari kaum ini.

Malah puak berhaluan kiri seperti Dong Zhiong juga telah cuba DS Najib dekati dengan menghadiri jemputan mereka , ini juga sebagai sejarah kerana belum ada Perdana Menteri di jemput ke majlis puak ini.



Rata rata jemputan dan majlis anjuran orang Cina DS Najib akan hadiri demi mahu mengambil hati.Seolah olah hati mereka terlalu mahal.
Selain dari itu derma sana dan sini serta bantuan itu dan ini juga di hulur kan.
Apa kah yang DS najib harap kan dari melakukan ini semua? Tidak lain melainkan sekeping undi dari mereka. Di mana kah rugi nya jika mengundi parti yang akan membantu lebih banyak lagi?

Tapi, pada malam 5 Mei, perkara sebalik nya berlaku.Seperti gempa bumi yang membawa Tsunami menyapu habis seluruh undi masyarakat Cina lari kepada Pakatan Rakyat khusus nya untuk parti DAP.Dan mana mana yang di menangi oleh PAS atau PKR ada lah atas sebab mereka ada lah di bawah naungan DAP.

Pada hari ini dengan jelas Perdana Menteri DS Najib dengan UMNO nya telah di sapu bersih. Seolah olah tiada kebaikan dan tiada jasa lansung yang pernah di laku kan . Jika tidak ada kenaikan  di zaman Najib di zaman Perdana Menteri yang lain juga tidak di ambil kira lansung. Pada malam 5 Mei ini, DS Najib dan UMNO was totally  betrayed.

Hari ini sahih orang UMNO dan melayu terasa mereka telah di permainkan.
Apa kah ada perasaan lain selain mengata kan perasaan “hampa”?


Namun  “for every action there will be a reaction” . Tentu sekali DS Najib ada lah seorang yang professional dan tidak cepat melenting.tetapi itu ada lah watak DS Najib, tetapi amat malang ia nya tidak mewakili watak ahli ahli bawahan dan ahli UMNO yang lain.

Menyedari kerosakan sudah berlaku, Lim Kit Siang dengan segera mahu membetul kan keadaan, Tsunami Cina mahu di tukar kan kepada Tsunami Rakyat.Seperti Anwar Ibrahim , pelakuan peribadi di dalam bilik pun mahu di rakyat kan apabila terkantoi.Begitu juga Lim Kit Siang mahu Sembunyi sebalik nama rakyat.Malah Kit Siang pergi lebih jauh dari itu , beliau mencadang kan orang yang di kalah kan nya ia itu Datuk Ghani Othman di beri ministrial post oleh Najib.

Tidak henti di situ, Kit Siang juga menegur MCA agar tidak menutup pejabat dan cawangan nya.Serta menegur tindakan MCA enggan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana LKS amat khuatir hasil perbuatan DAP, orang cina bakal mendapat kesusahan dari “Backlash” BN.

Di waktu sama pula MCA enggan di perbodoh kan lagi. Malah seorang wakil MCA yang tewas  berkata “hal mati pun mahu minta tolong, tapi undi kasi sama DAP”.Ini mengambar kan betapa teruk nya kedudukan dari hasil Tsunami ini.

 Apa yang Kit siang amat takut ada lah setelah orang cina “full swing” dari hasutan surat berantai dan bisikan masyarkat serta tentera kacang merah nya tetapi ia tetap tidak berjaya menumbang kan kerajaan BN,dengan ini  tentu sekali akan ada ”backlash”. Tsunami memilki 2 musibah ,ketika ia datang melimpah dan juga ketika air nya mahu kembali ke laut.Yang sangat  Kit Siang takuti sekarang ada lah apabila air Tsunami mahu kembali ke laut luas.



Kini DS Najib sedang di perhatikan.Di satu pihak orang orang cina yang sudah khianati nya, apa kah yang mahu di lakukan nya kepada mereka? Terus tambat hati mereka dan nanti kena lagi sekali? Di satu pihak pula, penyokong sendiri yang sudah berasa hati dan mahu kan tindakan di ambil.

DS Najib kini seperti buku baru olahan Zainudin Maidin, Di depan duri di belakang api. DS Najib juga di dalam dilemma , takut yang di kejar tidak dapat, yang di kendung pula keciciran.





12 comments:

  1. Assalam sedara...saya ini peminat blog sedara.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Mantap tulisan anda. Penuh pengertian. Syabas.

    ReplyDelete
  4. Saya juga amat meminati blog saudara. Artikel ini amat menepati isi hati dan perasaan (the silent majority) masyarakat Melayu setelah melihat keputusan PRU 13 yang lalu. Semoga blog saudara ini dapat mengeluarkan artikel2 yang dapat menyedarkan orang Melayu bahawa perpaduan dan persepakatan amat penting demi menjamin survival orang Melayu di tanah air sendiri agar tidak tergadai....

    ReplyDelete
  5. antara blog kesukaan sia..

    ReplyDelete
  6. salam bro.

    kalau boleh, tolong senaraikan punasihat n konsultant sekeliling najib ni bro.tun pun dah bengang sampai tanya najib siapa yang beri maklumat dan siapa yang memberi nasihat mengenai calon.tapi dulu pun tak dengar cakap tun...entahlah..

    budakteranung

    ReplyDelete
  7. Salam Saudara, this is superbly well writen - and paints the correct scenario on the May 5th outcome. The maths and logic doesnt adds up.. hence we cannot blame the bulk of the rationale Malays for questioning the number one question on their mind.. Why?

    I feel for Najib, and all the hard efforts that he has done. Kita terima demokrasi dan tidak harus ada penghukuman. tetapi.. kali ini, all the cards has been exposed. kita tanya di manakah keikhlasan ? mungkin skarang kita tahu jawapan nya.

    ReplyDelete
  8. Terbaik bro...sekali layan terus terpikat.
    Perkenalan ngan bro pada satu pagi di warung jln damai menjadi titik tolak utk melayari blog saudara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih ingat lagi. harap saudara sihat selalu.

      Delete
  9. pretty much sums up what I feel..

    ReplyDelete
  10. Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha ……Yip Kum Fook & Associates No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete