Hampir lebih 40 hari sudah berlalu dengan pemergian Perdana Menteri yang amat di sayangi ia itu Haji Abdul Razak Hussien, walaupun singkat sahaja pentadbiran beliau namun legasinya amat banyak dan besar.
Datuk Hussien Onn seolah-olah tertekan dan kemana-mana
sahaja dia pergi tiada soalan lain melainkan pertanyaan “siapa timbalan awak?”,
tetapi dengan personaliti yang 'cool' dan tidak mengelabah jawapan yang di beri
kadang nya, hanya senyuman dan kadang kala dia akan menjawap sinis, “saya belum
dapat ilham lagi”.
Tetapi orang seperti Datuk Hussien bukan calang-calang,
malah dikatakan keputusan beliau muktamad dan tiada faktor lain boleh
mengubahnya, Cuma dengan gaya dan cara peribadinya orang tidak dapat membaca
siapa pilihannya.
Terkadang nama yang naik adalah Encik Ghafar Baba, di waktu
lain pula Tan Sri Ghazali Shafie dan di waktu lainnya Tengku Razaliegh Hamzah.
Mengikut heraki UMNO tentulah paling banyak undi pasti dipilih dari kalangan 3
Naib Presidennya dan kemudian baru dari kalangan Majlis Kerja Tertingginya.
Encik Ghafar Baba pula sudah membelanja kawan-kawannya dan
sentiasa kelihatan ceria, adakah En Ghafar orangnya? Tapi ketika Datuk Hussien
Onn mahu berangkat ke Jakarta, Tan Sri Ghazali Shafie pula yang diberi
highlight, terpapar di dada akhbar gambar TS Ghazali Shafie begitu mesra
mengiringi Datuk Hussein Onn semasa mahu naik kapal terbang. Tak syaklah kata
rakyat, inilah orangnya.
Sebelum ke Jakarta Tunku Abdul Rahman ada berpesan, “Jika
kamu tidak lantik sesiapa pun tidak apa, kerana perlembagaan tidak memerlukan
kamu melantik Timbalan”. Ini pastinya melegakan tekanan kepada 'Tok Seng Ong'
bak kata Sultan Kelantan.
Datuk Mahathir pula dikatakan bukan kegemaran Datuk Hussien
Onn, dan memang tiada langsung agaknya dalam hati Datuk Hussien Onn untuk
memilihnya. Di dalam negara sedang menunggu dengan berdebar siapakah bakal
menjadi Timbalan kepada Datuk Hussien Onn. Nama tambahan turut bersaing,
antaranya Tunku Ahmad Rithaudeen.
Malah ketika di Jakarta pun Datuk Hussien Onn menerima ramai
pelobi untuk jawatan itu, pihak pihak tertentu memberi isyarat dan acahan calon
kegemaran mereka, namun Datuk Hussien Onn tetap 'cool as cucumber'.
Pada malam 4 Mac, TS Ghazali Shafie dihujani panggilan
talefon yang tak putus-putus menyatakan ucapan tahniah beliau di pilih. Tapi
balasnya “Saya tak tahu pun, PM tak beri tahu saya pun”.
Sekitar 50 hari nama yang naik bergilir-gilir, kejap En
Ghafar, kejap TS Ghazali, kejap Tengku Razaliegh dan kadang kala Ahmad Rithaudeen.
Kedutaan-kedutaan Asing juga sudah mula gusar, mereka juga
ada orang kegemaran mereka. Pelbagai pihak menghantar wakil, Kaum Ibu, wanita,
pihak itu dan ini, semuanya yang berjumpa Datuk Hussin sentiasa ada sahaja nama
yang dianjurkan. 15 minit sebelum pengumuman dibuat nama Tan Sri Ghazali naik
lagi, Ghafar Baba sudah merajuk dan tidak senyum lagi.
Ketika berdiri mengumum kan calon Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Hussien Onn memberi mukadimah, malah ketika berkata "Orang asyik
tanya saya siapa timbalan saya, dengan ini…" beliau berhenti seketika dan
meneguk air di rostrum, berdebar juga dibuatnya.
“Saya dengan ini mengisytiharkan Timbalan Perdana Menteri
saya adalah Datuk Mahathir Mohammad”. Semua yang hadir senyap, tidak lama
kemudian barulah ada tepukan. Orang tidak disangka oleh Datuk Hussien Onn
menjadi timbalannya, para menteri yang hadir ada yang menoleh sana dan sini dan
ada yang berbisik sama sendiri.
Ya, Mahathir bukan kegemaran Datuk Hussien Onn, tapi Datuk
Hussien Onn orang yang amanah, tahukah mereka apakah yang dibisik oleh Arwah
Tun Razak ke telinga Datuk Hussien Onn? Mereka tidak tahu, dan akhir sekali
tahukah mereka apa yang sudah di tulis di Luh Mahfuz? Tentu sekali tidak. Nama
yang tidak dibibir orang ketika itu terus menjadi Perdana Menteri Malaysia
sehingga 22 tahun, kerja siapa ini semua jika bukan kerja Allah?
Hidup Tun M!1
ReplyDeletesalam..masa tun razak jadi pm n tun hussein jadi tpm pun tun razak dah asik sebut mahathir itu dan ini..bro..jadi orang tak tau hingga ke sampai tun hussein sebut sendiri...ada seorang yang dah taul awal2 pasal pengganti dia...tak silap perempuan...tun hussein panggil dia n tanya dia pandai tulis jawi tak...dia cakap pandai...dia tanya lagi pandai tulis nama mahathir dengan tulisan jawi..dia tanya nape...dia suh tulis je..n bila tengok borang baru dia tau ...orang tu pujuk tun hussein supaya fikir balik...
ReplyDeletetun hussein kata kalau tak nak tulis takpe aku cari orang lain...dengan berat hati dia tulis...amanah orang yang menulis ni sbb tak mendahului tun hussein..tun hussein adalah orang yang lemah lembut..tapi tun lagi lemah lembut dari dia..tapi tegas...setegas tun razak,tegas lagi tun dr mahathir..erm...tapi ketegasan tun hussein tak sampai pada anaknya..kesian
budakteranung