Saturday 12 October 2013

Naik TEKS1M Boleh Guna Kad Kredit/Debit



Naik teksi sekarang sudah boleh pakai kad kredit atau debit untuk membayar tambang, ini  pasti satu lagi penambahan kepada opsyen sedia ada bagi pengguna kenderaan awam khusus nya bagi penduduk kota macam di Lembah Klang ini.

Teksi ini pula  bukan teksi sembarangan tetapi teksi Proton EXORA baru.

Jika selama ini Pak Arab atau pun Mat Salleh selalu komplen teksi kita kecil dan tidak selesa , nah , Proton Exora tampil membuang kesemua pemaslahan kesempitan ruang untuk penumpang dari negara arab dan orang putih yang berbadan besar.Apa tah lagi jika orang tempatan yang berbadan sederhana kecil tentu ia nya lebih selesa.



Majlis pelancaran TEKS1M pada 10 haribulan Oktober baru baru ini di Terminal Bersepadu Selatan menyaksikan sebuah lagi perhidmatan tambahan pada sistem pengangkutan awam negara.

Dilancarkan dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Nur Ismail Mohamad Kamal nampak nya menambahkan lagi kepelbagaian kepada pengguna kenderaan awam.



Dengan target  sebanyak 1,000 buah unit teksi jenis ini pelancaran dimula kan dengan 50 buah unit dahulu.Malah bukan sahaja tertumpu kepada Lembah Klang tetapi juga di Johor Baru dan Pulau Pinang.

Kalau ikut kata ucapan Ketua Eksekutif SPAD, En Muhd Nur, perkhidmatan ini ada lah pehidmatan kelas baru yang di perkenal kan SPAD.

Nampak nya agenda transformasi industri teksi berjalan lancar dan skim seperti TEKS1M ini menjadi kenyataan.Bukan sahaja cantik bersih dan besar tapi Proton Exora ini masih mengenakan tambang bajet.Itu yang pengguna pasti gembira mendengar nya.
.
En Muhd Nur tambah kata "Kita mensasarkan sejumlah 7,500 teksi bajet, eksekutif dan premier akan dimigrasi kepada TEKS1M pada tahun 2015," pada sidang media selepas pelancaran.

Memang lah hasrat SPAD mahu menukar sikit demi sedikit teksi bandar supaya selaras dan sama jika kita tengok perubahan yang cuba nak di bawa SPAD kepada industri teksi negara.



"SPAD melihat keperluan menyatukan ketiga-tiga kelas ini bagi mengurangkan jurang kualiti perkhidmatan, sekaligus mewujudkan satu kelas perkhidmatan teksi sahaja di kawasan bandar, iaitu TEKS1M," kata Muhd Nur lagi.

Dari maklumat yang kita dapati dari SPAD fakta fakta berikut harus di ketahui oleh orang ramai dan juga sebagai pengguna teksi -

1) Terdapat sebanyak 16,012 kereta sewa di seluruh Malaysia yang mana daripada jumlah itu 87 peratus (13,923) milik individu dan 12 peratus (2089) milik syarikat.

2) 170 teksi premier yang terdapat di negara ini adalah milik syarikat sepenuhnya. Jumlah teksi lapangan terbang pula ialah 2,226. Daripada jumlah ini individu hanya memiliki 20 peratus (435) manakala 80 peratus (1781) dimiliki syarikat.

3) Ada terdapat 39,056 teksi bajet di negara ini dan daripada jumlah itu 48 peratus (18,759) adalah milik individu. Selebihnya, iaitu 52 peratus (20,297) dimiliki oleh syarikat.

4) 33% peratus (957) dari jumlah 2,884 teksi  adalah milik individu dan 67 peratus (1927) milik syarikat.  Berbeza dengan teksi bandar yang hanya boleh beroperasi di pusat bandar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang, teksi eksekutif dibenarkan membawa penumpang ke mana-mana sahaja di Malaysia.



Berbalik kepada hal TEKS!M ni, tentu lah nampak begitu nyata up-grade nya kerana ada sistem GPS dan ruang barangan yang luas , tidak lah seperti kita tengok bila pelancong ataiu pun pengguna kena papah beg diatas peha akibat ruang bagasi yang kecil.

Syabas SPAD untuk kejayaan transformasi teksi ini

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    ReplyDelete