Saturday, 25 January 2014

Wahai Api Sejahtera kan Lah Ibrahim - Maka Api Pun Turut Perintah




Api di dunia dengan api yang asal tentu nya tidak sama. Api di dunia perlu bahan untuk terus membakar baik dari kayu, minyak dan apa apa pun.
Sedang api yang asal bakar dengan sendiri nya.


Ketika Nabi Ibrahim Kalilullah diseret kepada Namrud dan mahu dibawa masuk ke Istana , seperti biasa semua orang harus melalui sebuah pintu yang amat rendah kerana Namrud mahu semua orang secara tidak lansung sujud kepada nya apabila mahu mengadap.


Nabi Ibrahim enggan berbuat demikian lalu memasuki dengan bongkok dengan punggung nya dahulu, lalu Namrud bertanya kenapa kah engkau berlaku demikian? Lalu Ibrahim a.s pun menjawap aku hanya membongkok untuk tuhan ku Allah sahaja.


Maka Namrud pun marah dan bertanya apa kah hebat sangat tuhan mu dan apa kah yang boleh dia lakukan yang aku tidak boleh? Maka Ibrahim a.s menjawap tuhan ku boleh memberi nyawa dan mengambil nya.


Namrud pun diam sebentar dan kemudian nya memerintah kan pengawal membawa 2 orang masuk mengadap.Diperintah nya seorang di penggal kepala maka mati lah dia lalu Namrud berkata “Nah lihat aku mencabut nyawa” dan seorang lagi dibiarkan bebas dan pergi  dan bekata “Nah lihat aku membiarkan dia hidup, aku boleh mematikan dan aku boleh menghidupkan” kata Namrud.


Kemudian Ibrahim a.s. berkata Tuhan ku boleh menaikan matahari dari sebelah timur, apa kah engkau boleh menaikan nya dari sebelah barat?’ Maka terdiam lah Namrud kerana tidak mampu.
(Dengan ini juga di kabar kan oleh beberapa kitab matahari akan naik dari sebelah barat sebelum kiamat ada lah atas kata kata Nabi Ibrahim dan Allah mahu menunjukan bahawa kebenaran Nabi nya.)

Maka keputusan telah di buat bahawa Ibrahim diperintah oleh Namrud untuk dibakar hidup hidup.tetapi sebelum itu dia didera beberapa tahun dengan menyiang nya diterik matahari, tiap kai dia meminta air maka mereka menyuruh nya istihar keluar dari kepercayaan nya kepada Allah tetapi Ibrahim a.s. kukuh dengan kepercayaan nya.


Bertahun juga mereka mengumpul kan bahan bakar dari pelbagai kayu yang dikumpul yang datang membawa dengan unta dan kaldai semua membawa kayu sehingga setinggi bukit.


Maka api pun dibakar maka oleh kerana terlalu kuat bahang nya tiada siapa berani mendekati api lalu timbul satu masalah , bagaimana mahu menyumbat Ibrahim kedalam nya, mereka terputus akal.


Lalu Syaitan pun ambil kesempatan dan menyamar sebagai manusia lalu membisikan kepada mereka agar di cipta seperti lastik (catapult) dan meletakan Ibrahim dalam nya lalu melepas kan ikatan untuk mencampak kan Ibrahim.


Ibrahim sedikit pun tidak takut,malah dia terus berzikir “Laila ha illalah wahdahu la sharikalahu , lahulmulk wa lahuhamdu wahuwa ala kulishai ‘in qadir”.


Nimrud datang kepada Ibrahim sebelum ditembak lastik itu dan bertanya apa kemahuan brahim sebelum dilepas kan ke api. Ibrahim menjawap saya mahu seteguk air, kata nya.


Namrud pun memberi kepada nya tetapi orang ramai berkata , Tuan sudah menafikan nya air sekian lama dan kenapa kali ini tuan memberi juga? Namrud menjawap “aku memberi nya atas hutang soalan nya kepada ku yang aku tidak dapat menjawap ketika di tanya sama ada aku boleh menaikan matahari dari sebelah barat lalu aku memberi air atas membalas jawapan ku kepada nya.

Dalam kejahatan pun Namrud masih berprinsip.


Walaupun Firaun amat zali tetapi dia amat pemurah sehingga membela seorang nabi dalam rumah nya , maka itu sebab lah nama nya diulang beberapa  kali dalam quran melebihi Namrud,


Maka sebaik sahaja mereka mahu melepas kan lastik Jibrail bertanya kepada Allah boleh kah dia membantu.Allah berkata kamu pergi lah kepada nya dan tanya jika dia mahu bantuan mu.


Ibrahim enggan menerima bantuan dari Jibrail atas alasan dia lebih mahu menyerah segala nya kepada tuhan.


Malaikat yang mengurus kan angin pun datang mahu menghulur kan bantuan ,maka sama juga lah jawapan Ibrahim.


Kemudian malaikat yang menguruskan air pun begitu juga ditolak oleh Ibrahim dan sambil itu dia terus berzikir.


Terakhir malaikat yang menjaga tanah memohon untuk membuka tanah dibawah longgokan api untuk Ibrahim lalu Ibrahim berkata yang sama kepada nya.


Maka Namrud dan orang nya masih tidak dapat melepaskan lastik kerana kekuatan zikir Ibrahim.


Lalu Iblis datang membisikan kepada mereka supaya mencari 2 pasangan lelaki dan wanita untuk mengada kan hubungan sex didepan orang ramai.


Tiada siapa pun mahu melakukan sebegitu , melainkan 2 orang lelaki dan perempuan bernama “chin” dan “gen” dan mereka dari puak gipsi (gypsy).



Namun perbuatan 2 makhluk ini membuat kan semua orang yang menyaksikan kelakuan mereka meluat dan marah lalu kemarahan mereka dan kebencian mereka kepada perbuatan ini membuat kan kekuatan spiritual menurun lalu berjaya lah Ibrahim di lepaskan oleh lastik tadi.


Maka tercampak lah Ibrahim kedalam api.


Apakah terjadi sebaik sahaja Ibrahim tercampak kedalam nya?
 
(to be continue….





4 comments:

  1. "Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani, wahai api jadilah engkau sejuk dan selamat ke atas Ibrahim a.s."
    "Dan bila aku sakit Dialah yg menyembuhkan"
    Boleh diamalkan utk meredakan kesakitan dan demam, mudah mudahan dibantu Allah swt.
    Kot ada yg kata bid'ah, terpulanglah.

    ReplyDelete
  2. Bersambung pulak...potong stim..huhu

    ReplyDelete
  3. Mana sambungan dia...alaaa dah 2 hari dah ni...

    ReplyDelete
  4. mana dapat cerita nie?

    nabi Muhammad ada cerita ke?? hadith sahih dari siapa??

    ReplyDelete