Sunday, 22 June 2014

Track Uzur Dan Bahaya Dari Gua Musang Ke Gemas- SPAD & KTM Segera Bertindak





Siapapun tidak akan berani menaiki keretapi atau coach nya jika mengetahui laluan yang dilepasi berada dalam keadaan usang.

Malah jika berlaku kejadian yang tidak di ingini pasti sekali pihak tertentu sama ada SPAD atau pun KTM perlu menjawap kepada seluruh rakyat.







Dikabarkan sudah beberapa kali kejadian gerabak tergelincir sejak kebelakangan ini dilaluan Gua Musang - Gemas, namun kerana ia nya tidak membabitkan nyawa , maka mungkin kepekaan kepada isu laluan usang belum sangat dilihat sebagai keutamaan.

Namum KTM sebagai penggendali, sudah melihat ianya bakal menjadi masalah jika pada kejadian akan datang kegelinciran gerabak terjadi dan ada nyawa terbabit.

Maka sebelum ianya terjadi tindakan segera memberbaiki dan kerja upgrade harus segera dilaksana kan.

Penulis Blog ini semat mengikuti rombongan media anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).



Tiada apa yang mampu dikata kan bila pakar teknikal dari KTM menunjukan kawasan kawasan dan lokasi rel rel yang bermasalah dan bakal mendatang kan masalah selain mengatakan “segera lah tukar” kerana memang sekian lama tidak diganti.

Ketika dalam perjalanan pun terasa buaian dan alunan kerana mendapan pada rel rel yang telah dimakan air dan usang kerana “wear and tear”.

Ketika berhenti dibeberapa jambatan dimana gerabak KTM melalui nya, penulis sempat melihat besi besi dan slippers yang sudah berkarat dan tidak boleh bertahan lama lagi.



Perjalanan akan menjadi lebih lambat kerana sebaik sahaja tiba kepada kawasan tertentu yang dikenal pasti sebagai “merbahaya” gerabak harus diperlahan kan kerana tidak mahu memberi tekanan kepada rel.

Buat masa ini pemandu gerabak yang berpengalaman telah pun mengenal pasti kawasan “merah” dan membuat pemanduan cermat dengan memperlahan kan gerabak kerana khuatir akan berlaku “derailment” jika meneruskan speed pada keadaan biasa.







Maka tentu sekali perjalanan hampir 12 jam akan menjadi lebih lama jika terus menerus berkeadaan begini.

Diharap tiada lagi penangguhan kepada kerja maintenance kerana keselamatan gerabak dan paling utama keselamatan penumpang ada lah priority dan seharus nya tiada kompromi.

1 comment: