Dalam bercerita hal mengenai bantuan banjir
yang melibatkan beberapa madrasah dan pondok sekitar Temerloh Pahang Pengerusi
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr Mashita ada memberi sedikit
pandangan dan ulasan mengenai rencana dan perancangan YPPM bagi tujuan masa
depan institiusi Pondok.
Antara yang di cadangkan ada lah yang seperti
di bawah ini: -
1) untuk mengemas kini direktori pondok yang dihasilkan pada
julung kalinya tiga tahun lalu.
2) memenuhi keperluan satu laporan lengkap mengenai status
pondok di Malaysia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan yang
bertanggungjawab menyalurkan dana RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok
seperti yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Penaung
YPPM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sewaktu membentang Belanjawan 2015
Oktober lalu.
Begitu
jelas sekali kenyataan yang di buat oleh orang yang di amanah kan menjaga
institiusi pondok melalui Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia ia itu Pengerusi
nya Datuk Dr Mashita Ibrahim.
Hasrat
diatas terjalin setelah kajian dan analisa kedudukan pembelajaran pondok dan hala
tuju nya.
YPPM
juga mempunyai dana dan kewangan yang terhad dan tentu sekali tidak mampu
membuat atur cara atau pun master plan dan blue print yang tidak mampu di
tampung perbelanjaan nya.
Bagi
tujuan mengujudkan satu laporan lengkap tentang kedudukan sekolah pondok tentu
sekali memakan masa dan kajian ini apabila ujud
nanti boleh di jadi kan rujukan untuk “future plan” sekolah pondok.
“Laporan
ini dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, dan boleh dianggap
kajian paling komprehensif yang pernah dijalankan ke atas sekolah pondok dan
sistem pengajiannya di Malaysia” ujar Dr Mahsita.
Turut
menjadi hasrat YPPM pada masa hadapan ada lah mahu berdiri dikaki sendiri
dengan YPPM bergerak dalam kemampuan nya sendiri dan bukan atas wang pemberian
dan peruntukan sahaja, sambung Dr Mashita.
Atas
pendirian baru ini, maka dalam mesyuarat lembaga Pengarah YPPM beberapa hari
lalu, ketetapan telah di buat oleh BOD YPPM, bahawa dengan sebeluat suara bersetuju
untuk untuk meneroka penubuhan sebuah koperasi yang
terbuka kepada semua pondok di Malaysia.
Di putuskan bahawa Lembaga Pengarah YPPM akan mengkaji
cadangan ini secara mendalam, serta mendapatkan nasihat dan pandangan
kementerian berkaitan.
Tujuan dan matlamat penubuhan koperasi ini ialah untuk membolehkan pembabitan YPPM dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi.
Tujuan dan matlamat penubuhan koperasi ini ialah untuk membolehkan pembabitan YPPM dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi.
Jika ada keuntungan daripada penyertaan dalam bidang
keusahawanan dan pelaburan, ia boleh disalurkan kepada semua ahli dalam bentuk
dividen.
Perancangan
serta tindakan ke arah ini akan membuat YPPM berkedudukan kepada “self reliant”
dan lebih pro active dalam usaha memilki pendapatan sendiri tanpa pergantungan
sangat kepada pemberian dan bantuan kerajaan.
Begitu
lah kedudukan yang mahu dibawa oleh Pengerusi serta Lembaga Pengarah YPPM untuk
apa yang di panggil oleh syarikat koperat sebagai “visi” dan “misi” dalam
kelansungan menjaga kebajikan Pondok dan juga badan yang menjaga hal ehwal
pondok ia itu YPPM sendiri.
No comments:
Post a Comment